Keputusan Lagu Yang Menang di Muzik-Muzik Separuh Akhir Kedua
[dropcap]S[/dropcap]ebanyak buah lagu ciptaan dan nyanyian sendiri para artis yang bertanding mendominasi kedudukan teratas Separuh Akhir Kedua Muzik Muzik (MM) 27 pada malam Ahad lalu.
Lima lagu tersebut adalah:
- Terukir Di Bintang ciptaan dan nyanyian Yuna
- Anak Kampung (Jimmy Palikat & One Nation Emcees)
- Tapi Bagaimana (Spider)
- Tanpamu (Amir Jahari)
- Lagu (Bedroom Sanctuary)
Sebuah lagi lagu popular iaitu Ombak Rindu ciptaan Nurzaidi Abd Rahman yang disampaikan Hafiz dan Adira turut mengisi tempat bagi enam lagu teratas.
Penyanyi dan penulis lagu Yunalis Zarai atau Yuna berkata, dia berasa bersyukur dan bangga kerana Terukir Di Bintang tersenarai dalam enam lagu teratas memandangkan ia turut bersaing dengan 10 lagu hebat lain.
“Saya tidak menaruh harapan yang tinggi tetapi bersyukur dan bangga apabila lagu ini dipilih sebagai enam lagu teratas.”
[dropcap]L[/dropcap]agu ‘Ombak Rindu’ ciptaan Nurzaidi Abd Rahman yang disampaikan Hafiz dan Adira turut mengisi tempat bagi enam lagu teratas.
“Kalau diikutkan, banyak lagu dan komposer muda yang bagus serta berbakat turut bertanding,” katanya yang pulang bercuti ke tanah air sehingga Disember depan.
Vokalis kumpulan berpengalaman Spider iaitu Tam pula berkata, persaingan dengan majoriti penyanyi dan komposer baru pada pertandingan itu merupakan suntikan semangat untuk mereka beraksi sebaik mungkin.
“Bagi kami persaingan di pentas MM dengan majoriti muka baru memberikan suntikan semangat untuk bersaing secara sihat.
“Ia mencabar kemampuan kami untuk menunjukkan kehebatan dan kemampuan masing-masing,” kata pemenang AJL19 itu.
Pendatang baru Amir Jahari berkata, dia tidak menyangka lagu Tanpamu akan terpilih kerana menganggap peluang beraksi di pentas separuh akhir untuk menimba pengalaman sahaja.
“Saya tidak pernah bertanding di pentas MM sebelum ini. Saya tidak anggap ia pertandingan ketika menyampaikan lagu itu tetapi untuk suka-suka.
“Tak sangka pula lagu Tanpamu tersenarai sebagai enam lagu teratas. Sama ada lagu ini mara atau tidak ke AJL27 (Anugerah Juara Lagu), saya okey,” katanya.
Amir Jahari tidak menyangka lagu ‘Tanpamu’ akan dipilih untuk mara ke AJL25
Lima lagu lain yang turut bertanding pada malam Ahad adalah Sesaat Kau Datang nyanyian Sleeq & Ramlah Ram, Angkasa (Diandra Arjunaidi), Terlalu Mencintaimu (Suki), Sebelah Jiwaku (Jaclyn Victor) dan Hatimu Milikku (Nera).
[pullquote align=”right”]Manakala lagu Beginilah Caranya (Shaheizy Sam & Yana Samsudin) yang sepatutnya bertanding membuat keputusan untuk menarik diri.[/pullquote]
MM27 diadili juri profesional iaitu Datuk Ramli MS, Azmeer, Helen Yap, Edrie Hashim, Cat Farish, Damien Mikail Seet dan Kamarulzaman Taib.
Kumpulan Meet Uncle Hussain dan Fauziah Gambus tampil dengan lagu medley Sekadar Di Pinggiran dan Laguku Untukmu sebagai persembahan selingan.
Sebanyak 30 lagu dipertandingkan dalam tiga pusingan separuh akhir yang berlangsung pada 11 November (11 lagu), 18 November (11 lagu) dan 25 November (8 lagu).
Ia disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral di sini pada pukul 9 hingga 10.30 malam Ahad di TV3.
Pusingan ketiga separuh akhir MM27 pada Ahad ini akan disiarkan pada pukul 10 malam.
Ia akan turut mengumumkan kesemua finalis yang bakal berentap pada AJL27 pada Januari 2013.
Lima lagu tersebut adalah Terukir Di Bintang ciptaan dan nyanyian Yuna, Anak Kampung (Jimmy Palikat & One Nation Emcees), Tapi Bagaimana (Spider), Tanpamu (Amir Jahari) dan Lagu (Bedroom Sanctuary) bakal beraksi di pentas AJL25