Anugerah Industri Muzik telah pun berlalu. Banyak perkara, isu yang menarik, yang jelik, kontroversi cium tangan, tak puas hati dengan keputusan, fesyen hitam putih, mangsa fesyen, yang nyanyi kelaut, yang pakai selekeh, macam-macam lagi yang diperkatakan. Itu rempah ratus selepas penganjuran AIM19 kali ini.
[dropcap]Y[/dropcap]ang penting, AIM19 bertujuan untuk mengiktiraf para pengiat seni muzik tempatan. Itu satu kejayaan. Lagi satu, AIM19 lebih meriah dan lebih mendapat sambutan dari Anugerah Skrin yang seminggu dah berlalu. Harap Anugerah Skrin pilih tema yang lain selepas ini. Bak kata pembaca di Twitter, tak perlu nak berfantasi sangat. Buat ala kadar pun cukup. Budiey setuju dengan pendapat itu tapi tema tak menentukan ianya hambar atau tidak yang penting pengisian.
Tahniah Budiey ucapkan kepada para pemenang.
Kepada mereka yang tak berkesempatan, ini ada beberapa momen menarik dan… tak berapa menarik yang nak kongsi, enjoice!
1. Banyak fesyen pelik-pelik di karpet merah AIM19. Ada artis yang pakai kepala kuda belang? Siapa ntah. Budiey pun tak pasti. Tapi seperti biasa acara karpet merah meriah dengan kehadiran barisan artis yang memang tak mengalah dengan fesyen masing-masing. Fesyen yang digayakan Didie Alias tetap jadi tumpuan. Juga Dato’ Siti Nurhaliza yang berjalan diiringi dua anak tirinya, Adib dan Anas.
Paling pelik pertama kali dalam sejarah, ada selebriti yang pakai topeng kuda belang di karpet merah. Aiyo!
Didie Alias tampil dengan gaya samurai di acara karpet merah. Stailo Kak Didie…
2. Persembahan pembuka yang baik daripada Jimmy Palikat, One Nation Emcee feat Dj Fuzz mempersembahkan lagu yang menjadi siulan ramai masa kini, Anak Kampung.
3. Gandingan pengacara berpengalaman Aznil Hj. Nawawi dan Adibah Noor memang mantap. Pasangan ini berjaya ‘menyelamatkan’ majlis daripada bosan dengan gurau-senda mereka yang sesekali pedas tetapi mencuit hati bahkan stadium gamat dengan gelak tawa para penonton. Adibah menukar baju sebanyak lima kali, Aznil pula hanya dua kali.
4. Ketika acara berhenti berehat seketika untuk iklan, dari jauh terlihat penyanyi Yuna sempat touch up make-upnya. Sewaktu penyanyi ini naik ke pentas untuk menerima trofi, ramai yang memuji kecantikan dress labuh sequined. Meskipun hanya membawa pulang satu trofi, Yuna menjadi bualan ramai hingga ke hari ini kerana busana rekaan Hatta Dolmat yang digayakannya itu.
5. Suami kepada penyanyi Nora iaitu komposer Johan Nawawi naik ke pentas untuk menerima trofi mewakili isterinya yang tidak dapat hadir kerana baru lepas bersalin. Johan turut berkongsi, anak keempatnya mereka diberi nama Puteri Nur Fatiha. Aznil sempat menyampuk, “nasib lahir semalam, kalau lahir malam ni, namanya jadi Puteri Nur AIM”.
6. Persembahan artis baru terbaik oleh Keroz Nazri, Salammusik, The Malayan dan Stephen Rahman Huges biasa-biasa sahaja. Namun berjaya diselamatkan oleh kumpulan Mojo, satu dewan ikut menyanyi bersama-sama dengan mereka.
7. Penyanyi Noraniza Idris yang telah mendominasi kelima-lima pencalonan di dalam Kategori Etnik Kreatif. Jadi, siapa lagi yang akan menang kategori tersebut kalau bukan dia. Menariknya, sebagai saja klip pencalonan bagi kategori ini muncul, penonton di stadium memberikan reaksi bahawa mereka sudah tahu pemenangnya.
8. Pelakon Nora Danish juga mencuri tumpuan ramai apabila muncul bersama Dato’ Dr. Fazley untuk menyampaikan anugerah. Sempat diusik Aznil, “Macam mana yang Nora boleh ada di sini? Ni bukan anugerah pelakon”. Nora menjawab, “saya ada berlakon dalam salah satu muzik video yang tercalon pada malam ini”.
9. Penonton kurang puas hati dengan persembahan kumpulan Klangit. Hancur, bingit ditambah dengan aksi vokalisnya yang ‘terlebih-lebih’. Malah ada penonton yang meluahkan di Twitter mengatakan “persembahan Klangit ke laut!” Nasib baik, kemunculan kumpulan Hyper Act selepas itu dapat mengembalikan semula kehangatan AIM.
Video Persembahan Klangit yang Kelaut:
10. Shila Amzah mendapat tepukan gemuruh semasa naik ke pentas untuk menerima trofi. Penonton bersorak apabila dia sempat menujukan ucapan penghargaan kepada kekasihnya yang duduk di bawah dengan berkata, ‘terima kasih juga kepada cinta hati saya, Sharnaaz Ahmad”
11. Faizal Tahir mewakili Azlan & The Typewriter dan Audi Mok untuk menerima trofi. Faizal menyampaikan (ucapan bagi pihak) yang ringkas dan sempoi dengan berkata, “Terima kasih dunia!”
12. Sebelum band dari Indonesia Nirwana tampil membuat persembahan, Adibah Noor ‘membahan’ kumpulan itu dengan mengatakan nama mereka seakan-akan nama tapak perkuburan, Nirvana memorial park.
13. Sewaktu tiba untuk anugerah kategori lagu bahasa Melayu terbaik yang dipersembahkan oleh artis luar negara, Aznil sempat melawak dengan mengungkap, “artis-artis ni kalau nak masuk sini pastikan ada permit kalau tidak, Zed Zaidi marah”
14. Adibah Noor menyanyikan sedutan lagu filem Beauty & The Beast mengusik pengerusi AIM19, Rosmin Hashim yang muncul bersama ratu cantik Filipina 2010, Krista Arrieta Kleiner untuk menyampaikan trofi.
15. Sewaktu Mizz Nina sedang membuat ucapan atas pengiktirafan Anugerah Kembara yang diterimanya dia bebahas Inggeris. Ada penonton yang menjerit meminta Ratu Hip Hop itu bercakap dalam bahasa Melayu.
16. Sambil membuka kertas ucapannya, Datuk David Arumugam yang mewakili Alleycats meminta lebih masa untuk berucap sewaktu mereka menerima Anugerah Wirama. Beliau berkata, “Lebih 40 tahun Alleycats, mana cukup 30 saat berucap”. Dewan tambah gamat apabila Datuk David bertanya “mana itu RIM dan Astro?” Lalu Adibah Noor menyahut, “di belakang you datuk”. (Pengerusi AIM, Rosmin dan Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh yang berdiri di belakang Datuk David hanya tersenyum.)
Oh ya, ramai yang tak puas hati dengan mutu bunyi untuk lagu Muara Hati yang hanya menggunakan minus one:
17. Seluruh arena bertukar sayu seketika apabila dipaparkan klip video mengenang penggiat seni yang telah meninggal dunia antaranya Allahyarham Izwan Pilus, Latiff Ibrahim dan Bob KU2.
18. Gabungan empat kumpulan yang cukup popular 90-an iaitu Kool, A to Z, Nico dan Sahdes yang kini mengelarkan diri mereka sebagai GX4, turut membuat persembahan. GX4 gigih membuktikan mereka masih hebat menyanyi sambil menari. Namun ada penonton yang kata, sikit-sikit tak apa lah. Tapi bila tengok lama-lama mereka menari, rasa geli pula sebab dah tua-tua nak lagi terkinja-kinja macam itu.
19. Siti Sarah, isteri kepada Shuib Sepahtu yang tampil bersama Tam Spider untuk menyampaikan trofi terkejut apabila melihat Adibah Noor naik ke pentas sambil mendukung anak lelakinya.
20. Semasa naik ke pentas untuk menerima trofi, Jamal Abdillah turut ditemani pengawal peribadinya.
21. Keputusan untuk kategori Album Terbaik agak mengejutkan ramai pihak apabila album SalamMuzik diumumkan sebagai pemenang. Album yang dimiliki oleh kumpulan SalamMuzik ini menyingkirkan empat calon terbaik lain iaitu Sang Enemy (Hujan), Hikmah (Nora), Take Off (Mizz Nina), dan Stay-C (Stacy). SalamMusik mencuri perhatian ramai apabila membuat ucapan penghargaan dengan serangkap pantun empat kerat. Kreatif!
22. Ketika para media sedang menemubual Shila Amzah dan Jaclyn Victor, Datuk Hj. Ramli MS datang ke arah dua pemenang ini untuk mengucapkan tahniah. Jac spontan mengumumkan yang pengarah muzik terkenal itu menyambut ulang tahun kelahirannya. Lalu sekalian yang ada bersama-sama menyanyikan lagu ucapan selamat hari lahir kepada beliau. Ramli MS yang tersenyum sempat lagi bergurau meminta RM10 kepada setiap seorang, sebagai hadiah.
23. Meskipun AIM tamat jam 12 malam, namun melewati jam 1.30 pagi masih ramai peminat yang setia menunggu di luar stadium semata-mata mahu melihat artis-artis kegemaran mereka keluar.