Berita hari ini kecoh dengan Freddie Fernandez, penerbit album Mas iaitu Joe Wings dan kekasih Mas, Shahrul Azman atau ROCK tak dapat bertemu dengan Mas di Wad Neurologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL). Sebabnya dihalang oleh pihak hospital atas permintaan Mas sendiri. Akhirnya jadi kecoh sebab sebelum ini pertemuan diatur atas persetujuan Mas sendiri. Tapi Mas katanya tak mahu berjumpa dengan sesiapa hari ini. Menurut Rock, pihak hospital tu tipu. Tu yang buat tragedi ni jadi kecoh lagi. Masa bertemu Mas semalam, keadaan dah stabil dan Mas merayu untuk keluar dari hospital.
Dah setahun dah Rock dan Mas bercinta
Dengan kekecohan yang timbul itu, Rock terus menghubungi bapa Mas di Tawau, Sabah, Ghani dan menceritakan tentang keadaan Mas yang sedang di tahan di hospital tersebut.
Menurut Rock, itu adalah kali pertama dia menghubungi bapa Mas setelah insiden tersebut dan mengakui bapanya cukup terkejut dengan berita tersebut.
“Bapanya memang ingin datang segera setelah saya sampaikan berita itu tadi. Tapi masalahnya, bapanya ketika ini sedang menghadapi masalah kewangan dan tidak tahu nak buat apa,” luah Rock yang sudah hampir setahun menyulam cinta dengan Mas.
Freddie berkata, pihak Maestro akan cuba membawa ibubapa penyanyi itu ke sini secepat mungkin untuk menyelesaikan perkara itu.
“Saya akan bawa mereka berjumpa dengan pihak hospital untuk bincang tentang keadaan Mas dan cuba bawa dia keluar dari hospital ini. Perkara ini melibatkan maruah Mas dan keluarganya serta akan turut memberi impak terhadap reputasinya sebagai artis. Mungkin kita akan usahakan dari segi kewangan untuk bawa keluarganya ke sini,”