in

Pelakon Ana Dahlia & Chef Riz Sah Bercerai

Chef selebriti, Chef Riz mengesahkan telah bercerai dengan isterinya, pelakon Ana Dahlia selepas 11 bulan berkahwin.

Menurut laporan Kosmo! pada Khamis, Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri Redzuawan, 31, memberitahu penceraian itu berpunca daripada ketiadaan persefahaman di antara mereka selain turut mengakui perkenalan singkat iaitu selama lapan bulan turut menjadi penyebab keruntuhan rumah tangganya.

ana dahlia & riz

“Ya, saya memang sudah bercerai dan saya akui kami kahwin terlalu cepat, hanya selepas 8 bulan berkenalan dan selepas berkahwin tidak sampai setahun, kami berdua nampaknya tidak lagi mempunyai persefahaman”, ujarnya.

Chef Riz bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai penceraian berkenaan namun menjelaskan ia berlangsung dalam suasana baik.

Baru-baru ini pasangan tersebut dikatakan telah mengambil borang permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, Selangor.

Gosip sebelum ini mengatakan perkahwinan Ana dengan anak lelaki chef tersohor, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan itu goyah apabila Ana didakwa kerap keluar bersama bekas teman lelakinya.

Bagaimanapun pelakon itu menafikan tuduhan tersebut termasuklah kononnya dia berlaku curang.

Ana sah bergelar isteri kepada Chef Riz pada 11 Disember 2011.

Dalam pada itu, Chef Riz meminta spekulasi dan gosip mengenai bekas isterinya dihentikan segera dan mengakui masih sayangkan Ana.

Menurut Chef Riz, sekiranya ditakdirkan mereka merujuk kembali sebagai suami isteri dalam tempoh edah selama tiga bulan ini dia akan menerimanya.

Sementara itu, bapanya, Chef Wan redha dengan keputusan anak dan menantunya itu dan telah menasihati mereka sebelum ini supaya mencari jalan penyelesaian terbaik buat rumah tangga mereka.

“Saya menyayangi Ana seperti anak saya sendiri. Sekiranya dalam tempoh tiga bulan edah ini mereka mahu merujuk semula, saya menerima dengan hati yang terbuka.

“Apa pun mereka sudah bercerai dan harap-harap tidak akan ada lagi spekulasi negatif dibuat tentang mereka,” jelasnya. Sumber Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menangi Tiket Shout! Awards 2012 di Budiey.com

Bagaimana Idea NuffnangX Mula Dicetuskan