Kekalkan keremajaan pesona wajah dengan rangkaian trio terbaharu SAFI BALQIS PERFECT 10!
Cerah Sempurna dalam hanya 14 hari!
Pada jam 2 petang tadi, telah berlangsungnya satu majlis ramah mesra bersama duta Shila Amzah yang kini sudah menjadi duta Safi Balqis selama 3 tahun. Tahniah buat Shila Amzah. Majlis santai kasual yang diadakan di Jeumpa D’ramo itu juga turut memperkenalkan produk terbaru Trio Safi Balqis.
SAFI BALQIS PERFECT 10 kini hadir dengan trio terbaharu yang pasti akan menghidupkan raut wajah remaja cerah sempurna yang menjadi asas kepada kekuatan keyakinan diri setiap gadis untuk berdiri yakin dengan personaliti tersendiri dan terbang tinggi mengejar mimpi.
Lengkapkan rejim kecantikanmu dengan rangkaian pupur ruji kecantikan anda yang berikut daripada SAFI BALQIS PERFECT 10, sahabat baikmu.
“Tiga trio terbaharu SAFI BALQIS PERFECT 10 ini adalah definisi kesungguhan kami dalam memberikan para gadis serta golongan wanita muda di Malaysia rangkaian produk pupur cantik yang sesuai dengan keperluan kulit wajah mereka. Ketiga-tiga produk yang ditawarkan mempunyai kekuatan fungsi dan formulasi tersendiri dalam memberikan raut wajah Cerah Sempurna idaman setiap gadis” Jelas Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Kumpulan Produk SAFI.
Tambah beliau lagi, “ Rangkaian Produk SAFI BALQIS PERFECT 10 ini diperkaya dengan formulasi Nano Biowhite yang bertindak pantas di dalam sel kulit untuk mencerahkan wajah dalam masa 14 hari dan Nano Q10 yang mengekalkan keanjalan struktur kulit wajah. Dipasarkan pada harga yang berpatutan, SAFI BALQIS PERFECT 10 adalah umpama sahabat baik anda, sentiasa di sisi dan solusi kepada perihal kecantikan.”
Katakan hello kepada trio terbaharu sahabat baikmu ini!
Rasa tidak selesa dan kurang yakin apabila keluar dengan kulit wajah yang berminyak? Kini tidak lagi dengan LOSYEN PELEMBAP KAWALAN MINYAK SAFI BALQIS PERFECT 10 SPF 15 yang ringan serta tidak berminyak mampu mengawal penghasilan minyak berlebihan ketika melakukan aktiviti lasak, diperkaya dengan manfaat Nano Biowhite yang mencerahkan kulit serta Nano Q10 yang mampu mengekalkan keanjalan kulit dan semestinya SPF 15 untuk melindungi wajah cerah sempurnamu daripada pancaran sinar UV. Gunakan ia selepas Serum SAFI BALQIS PERFECT 10. Ia hadir di dalam pek bungkusan moden dengan pam bebas udara pada harga RM19.90 – 50 ml.
Hari-harimu pasti akan lebih bertenaga jika punya raut wajah yang segar dan bertenaga. Katakan selamat tinggal kepada sel-sel kulit mati dan bintik-bintik hitam pada kulit dengan GEL PENGELUPASAN SAFI BALQIS PERFECT 10.
Formulasinya membantu menghilangkan bintik-bintik hitam pada wajah dengan pantas tanpa rasa sakit sambil mengecilkan pori wajah serta menggalakan pertumbuhan sel kulit muka yang baru. Manfaat Nano Biowhite dan Nano Q10 mencerahkan, menganjal,,menghalus dan melembutkan kulit wajahmu dalam hanya masa 14 hari. Ayuh mulakan transformasi wajahmu dengan produk hebat ini. Cuma berharga RM16.90 dalam pek 40 g.
Gadis SAFI BALQIS PERFECT 10 adalah gadis yang berkeyakinan dan tentu sekali dikagumi kerana raut wajah cerah sempurna mereka! Ini rahsia cantik kita berdua yang harus kita kongsikan bersama, pastikan anda tidak ketinggalan untuk memiliki produk cantik mesti ada daripada SAFI BALQIS PERFECT 10 ini. Tampil yakin dengan Krim BB SPF30 PA++ SAFI BALQIS PERFECT 10 Ianya diperkaya dengan manfaat Vitamin E yang merawat dan melindungi sel kulit dari dalam dan merupakan krim pencerah wajah, serta menjadi asas kepada solekanmu.
Produk hebat ini diperkaya dengan manfaat Nano BioWhite dan Nano Q10 yang mencerahkan, menganjal, menghalus dan melembutkan kulit wajahmu dalam hanya masa 14 hari. Dapatkannya pada harga RM19.90 dalam pek bersaiz 20 g.
Melengkapkan dimensi dinamis tiga produk ini, adalah teraju utama disebalik wahana cantik ini – gadis SAFI BALQIS PERFECT 10 sendiri, Shila Amzah. Kini tahun ketiga bergelar Duta SAFI BALQIS PERFECT 10, Shila Amzah adalah figura muda yang menjadi nadi inspirasi dan aspirasi setiap gadis. Pesona bintang tersendiri, keyakinan diri yang tinggi, kesungguhan mengejar mimpi dan transisi gaya bersederhana kini.
Ini dia gambar pemenang bertuah dari budiey.com yang dapat berpeluang bertemu dengan Shila Amzah. Tahniah Fatihah!