in

Kat Hassan Gagal Kumpul RM25 Ribu

Rabu lalu, Kat Hassan atau lebih dikenali sebagai Kat Mentor telah mengadakan satu showcase yang dinamakan Live Debut Charity Concert Prelude Showcase bertempat di The Venue, Pavillion Kuala Lumpur.

Misi showcase itu adalah bagi mengumpul sejumlah dana untuk kegunaan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM). Walaupun persembahan itu mendapat sambutan memberansangkan, namun Kat gagal mengumpul RM25,000 seperti yang disasarkan sebelum ini. Sebaliknya hanya berjaya mendapat RM6500 daripada jualan album sulungnya ‘Menggoda’ dan Jam Tangan Swatch.

Kat Hassan Gagal Kumpul RM25 Ribu

“Walaupun Kat gagal mengumpul RM25,000 seperti yang disasarkan sebelum ini, tetapi Kat tidak berasa kecewa kerana ramai yang datang memberi sokongan terhadap showcase ini. Wang RM6500 itu masih boleh disumbangkan kepada PBSM dan Kat percaya ia sangat bermakna kepada golongan yang memerlukan.

Paling penting, Pengerusi Kebangsaan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Datuk Haji Noordin Abdul Razak berpuas hati dan gembira dengan usaha yang Kat lakukan ini. Tak sangka pula dia terus lantik Kat sebagai duta PBSM yang pertama. Pengumuman yang dibuat oleh beliau lebih membuatkan Kat bersemangat untuk terus membantu PBSM pada masa akan datang,”ujar Kat yang ditemui selepas showcase berakhir.

Ditanya mengapa dia sanggup bersusah-payah demi PBSM, Kat memberitahu dia sebenarnya sudah lama terlibat dalam kerja-kerja amal. Namun sebelum ini dia melakukannya secara persendirian dengan penglibatan ahli keluarga sahaja.

“Apabila Kat merancang untuk menerbitkan album, Kat terus terfikir untuk buat sesuatu yang boleh membantu mereka yang memerlukan. Kat pilih PBSM sebab percaya organisasi ini mampu menyalurkan bantuan secara menyeluruh. Kat mahu sumbangan yang diperoleh sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Memanglah kalau buat album, kita mahukan keuntungan daripada penjualan album, tetapi Kat juga percaya kita harus ingat kepada mereka yang memerlukan.

Hari ini (Rabu) Kat cukup gembira kerana ada orang yang sanggup beli album Kat dengan harga RM600 untuk tujuan amal. Tak kisahlah walaupun semua wang itu diserahkan kepada PBSM. Selain itu, Kat juga ingin berterima kasih kepada Swatch kepada sudi menaja sejumlah jam tangan untuk dilelong pada malam. Daripada RM200 kita berjaya jual RM800,” ujar Kat lagi.

Memandangkan showcase ini adalah prelude kepada konsert berskala besar yang dirancang oleh Kat pada tahun hadapan, Kat turut diminta mengulas sedikit tentang persedian yang telah dibuat untuk konsertnya itu.

“Buat masa ini Kat dan tenaga kerja Kath Entertainment sedang sibuk melakukan persiapan yang sewajarnya. Kita sedang mencari pihak penaja, selain mencari lokasi acara yang bersesuain. Kalau boleh Kat mahu buat di Arena All Stars, Genting Highland. Tetapi, tengoklah macamana nanti. Pada konsert itu nanti, bukan Kat sahaja yang akan buat persembahan, tetapi Kat akan jemput beberapa nama besar dalam industri untuk sama-sama menjayakannya. Dalam masa yang sama, jualan amal bagi mengutip dana untuk PBSM akan turut dijalankan sebab ini adalah tujuan utama konsert ini diadakan,” ujar Kat mengakhiri perbualan. Sumber: Gua

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

One Step Closer To Stardom

Tonton Bakal Tayang Program Dalam Bentuk Definisi Tinggi