Filem Klasik James Bond Pertama : Dr. No Temui Penonton TV2, 3 November Ini
Kepada peminat setia siri penyiasatan popular James Bond, usah ketinggalan menyaksikan filem James Bond pertama bertajuk Dr. No yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) hujung minggu ini, pada 3 November 2012 (Sabtu), jam 12.30 tengah malam di TV2.
Mengisi slot popular Golden Classics, filem Dr. No diterbitkan tahun 1962 yang dibintangi oleh Sean Connery ini menggunakan judul sama yang tertera pada novel karya Ian Fleming tahun 1958 yang kemudiannya diadaptasikan ke layar filem oleh Richard Maibaum, Johanna Harwood dan Barkely Mather.
Dalam filem ini mengisahkan James Bond telah dihantar ke Jamaica untuk menyiasat sebab kematian seorang agen rahsia Inggeris. Usaha menjejak pembunuh itu membawanya ke tempat persembunyian Dr. No yang merancang untuk menggagalkan rencana peluncuran roket Amerika Syarikat dengan senjata pancaran gelombang radioaktif.
Filem ini tidak sekaligus menjelaskan bagaimana Bond memperoleh status 00-nya yang memberinya hak untuk membunuh, tetapi ia menunjukkan bahwa Bond adalah seorang veteran yang berpengalaman.
Dr. No diterbitkan dengan dana yang kecil tetapi berhasil meraih keuntungan berlipat kali ganda. Pada masa sama filem ini membuatnya menjadi tonggak awal siri filem yang masih berterusan hingga kini. Dr. No juga berhasil mengetengahkan tema “agen rahsia” yang meraih kejayaan besar pada tahun 1960-an. Kebanyakan ciri khas film James Bond pertama kali diperkenalkan dalam filem ini, misalnya pada adegan gun barrel yang memperkenalkan karakter di awal filem.
Pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan filem pertama James Bond ini hanya di TV2.