in , ,

Gambar Kad Jemputan Majlis Pernikahan Farid Kamil & Diana Danielle

Semalam, Budiey telah menerima sekeping kad jemputan Majlis Akad Nikah Diana Danielle & Farid Kamil yang akan berlangsung di Hotel Flamingo, Ampang jam 8 pagi esok, 3 November 2012.

Cantik dan sweet kan kad berwarna merah jambu ni. Sesuai dengan majlis sederhana dengan warna yang lembut,  dua keping kad dalam sampul berwarna putih yang mengandungi peta ke lokasi majlis dan info tentang majlis nikah.

Bakal disatukan tak lama lagi. Maaf jika tak dapat hadir. Farid & Dee, Semoga majlis berlan lancar.

Wow klasiknya gambar pra-perkahwinan Farid & Diana ni, Dee nampak persis primadona Saloma, kan?

Jangan pula terkejut ya dengan masa majlis ini berlangsung iaitu pada jam 8 pagi. Bagi sesetengah orang agak pelik, tapi Diana Danielle ada alasannya sendiri mengapa dia memilih jam 8 pagi untuk dilangsungkan.

Saya berasa serba salah juga kerana memilih waktu jemputan pada pukul 7.30 pagi. Namun, saya memikirkan tentang mereka (tetamu) juga. Majlis itu akan diadakan di luar dewan (kawasan tasik hotel) dan tiada khemah. Negara kita ini panas jadi kalau saya buat pukul 10 pagi, tentu semua datang pukul 12 tengah hari dan panas jadinya. Buat sebelah pagi suasananya lebih nyaman untuk semua.

Malam Khamis lalu, khabarnya Diana Danielle telah mandi bunga bersama ibunya, Mama Norsiah.

Menjelang majlis nikah, Diana Danielle meminta semua pihak agar tidak “merosakkan” majlis perkahwinannya dengan melontarkan pelbagai tuduhan dan tohmahan yang tidak baik dan tak munasabah.

Apa-apa pun, Budiey nak ucapkan terima kasih buat Farid Kamil & Diana Danielle kerana sudi melayangkan kad dan menjemput budiey.com ke Majlis Nikah kalian. Apa yang Budiey harapkan, semoga majlis nikah anda berdua nanti berjalan lancar ya. Mudah-mudahan masjid yang dibina ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

Pastinya majlis ini berlangsung dalam suasana yang romantis memandangkan ia berlangsung di sebuah tasik berdekatan dengan hotel.

Astro akan membawakan sebuah liputan eksklusif perjalanan percintaan pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle yang akan bersiaran pada Sabtu, 3 November 2012, jam 9.00 malam di saluran Astro Ria (saluran 104) dan di Astro On-The-Go.

Gambar Kad Jemputan Majlis Pernikahan Farid Kamil & Diana Danielle

Cinta merah jambu. Suwit

Tq Farid Kamil & Diana Danielle kerana sudi menjemput budiwy.com ke majlis Nikah. Semoga selamat semuanya.

upload

Maps

DF

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mencari Faktor X Eksklusif di 8TV

Peraduan Jemputan Majlis Sepetang Santai Safi Balqis Shila Amzah