Alhamdulilah, Nora Danish dah selamat melahirkan anak sulungnya bernama Putera Raiqal Ramli Bin Rizal Ashram Ramli di hospital bertaraf 5 bintang, pada 7 Januari lalu. Baby yang dilahirkan pun dalam keadaan sihat seberat 3.5kg. Mesti comel macam emak dan ayahnya juga. Nora dengan begitu bersemangat dan menguatkan azamnya untuk bersalin secara normal dan tidak melalui sebarang pembedahan. Begitu kuat dan kentalnya jiwa seorang wanita bergelar Nora Danish. Syabas Nora!
“Sebabnya, Nora mahu rasakan sendiri bagaimana sakitnya bersalin. Memang sampai satu peringkat, doktor memberikan dia satu peluang lagi untuk ‘push’ kerana jantung anaknya mulai lemah. Akhirnya dengan penuh tawakal dan kudrat dalaman, Nora berjaya melahirkan bayi lelakinya yang comel, seberat 3.5 kilogram.”
Mungkin Nora dan Rizal akan rujuk semula demi anak sulung mereka?
Oh nooo… tidak sekali-sekali!