in

Tasha Shila Dilantik Duta Kempen I Love Malaysian Designers

Pada 23 Oktober 2012 lalu telah berlangsung Tasha Shila & I Love Malaysian Designers – Fashion For A Cause Bersama Tasha Shila di The Royale Bintang Hotel, The Curve, Mutiara Damansara pada jam 3 petang. Pelakon Tasha Shila turut hadir memeriahkan sidang media itu di mana beliau telah dilantik sebagai wajah kepada kempen ‘I Love Malaysian Designers’ anjuran Brew & Skittles untuk tempoh dua tahun.

Tahniah Tasha Shila.

Dengan menjadi wajah kempen ini, Tasha Shila akan sibuk terlibat dengan pelbagai program dan event yang melibatkan pereka fesyen terbaru hasil keluaran Malaysia dan sekaligus mempromosikan jenama baru dan pereka fesyen terbaru kepada orang ramai. Selain itu, Shila juga terlibat untuk mengutip derma bagi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.

Tasha Shila

“Saya bertindak sebagai wajah atau duta kempen ini bagi merancakkan lagi kehadiran lebih ramai pereka-pereka baru tanah air dan mempromosikan nama mereka. Sepanjang tempoh itu, saya boleh memakai mana-mana pakaian mereka untuk sebarang acara, fotografi atau penggambaran mengikut kesesuaian,” hurainya.

Dalam perkembangan lain, Tasha Shila baru sahaja menamatkan penggambaran telefilem berjudul Ramadan Jangan Ambil Nyawaku untuk ditayangkan di RTM pada Ramadan tahun depan.

Selepas itu, dia bakal memasuki set penggambaran drama bersiri 28 episod iaitu Cinta Bertamu Di Abu Dhabi untuk slot Akasia di TV3.

Pelakon yang mula dikenali menerusi drama Gemilang ini dihujani kontroversi seawal tahun pertama pembabitannya dalam bidang lakonan antaranya dakwaan ‘dibela’ VIP dan gemar bersosial di kelab malam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sidang Media Pelancaran Sarimah Signature Series

Reebonz Celebrities Interview with Atilia Haron Yasmin Hani & Mayjune Tan