in

Jimmy Shanley Dilamar Selepas Seminggu Bercerai?

Siapa yang sukakan perceraian. Budiey rasa semua orang yang berkahwin tak suka dengan perkataan cerai. Begitu juga dengan pengacara Jimmy Shanley yang sah bercerai dengan Nursuhaila Elliani Suhaimy, sangat down dengan apa yang berlaku. Selepas bercerai, Jimmy Shanley sangat sedih dan seakan cuba melarikan diri daripada media.

Namun selepas seminggu bercerai, perasaan sedih dan bergelora Jimmy Shanley pulih sedikit demi sedikit. Paling mengejutkan apabila Jimmy Shanley mengakui dirinya telah dilamar. Wow. Dilamar? Siapa yang melamar Jimmy Shanley?

Namun, apa-apa pun, Jimmy Shanley akan buat pemgumuman khas tentang lamaran ini pada bulan depan. Ish ish, tinggal seminggu lagi kan untuk sampai di bulan November. Mmm… entah-entah gimik je kot ni. Bukan dilamar oleh wanita untuk berkahwin dengan Jimmy pun rasanya. Tapi, tak hairanlah sebenarnya sebab ramai wanita di luar sana yang tunggu dan mahu berkahwin dengan Jimmy Shanley. Betul tak?

Bulan lalu, Jimmy dilihat bersama seorang wanita bertubuh kecil dan berambut panjang di Konsert Noah di KL Live. Adakah wanita itu kekasih baru Jimmy Shanley? Gossip ini dinafikan oleh Jimmy yang mengatakan wanita itu sebenarnya adalah anak saudaranya.

Menurut Jimmy, dia masih belum berfikir untuk mencari pengganti bekas isterinya. Baginya, masih terlalu awal untuk fikir pasal jodoh. Hakikatnya, dah dua tahun Jimmy hidup sendirian walaupun pada dasarnya dan rasminya, Jimmy baru sahaja seminggu menduda.

Sekarang ini, Jimmy Shanley mahu fokus dengan pelajaran di peringkat sarjana yang masih berbaki enam bulan.

Jimmy

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Selebriti di Jelajah Anugerah Skrin 2012

Festival Filem Malaysia 25