in

Program Jelajah Pencarian Duta Schwarzkopf

PROGRAM JELAJAH PENCARIAN DUTA SCHWARZKOPF MENGEJAR MISI DI INSTITUSI PENGAJIAN TEMPATAN

Jenama penjagaan rambut bereputasi tinggi Jerman, Schwarzkopf, kini membuat pusingan lawatan ke kolej dan universiti tempatan terpilih sekitar Lembah Klang.
Selepas mengumumkan rancangan perniagaan untuk menembusi pasaran runcit dengan menawarkan produk-produk berkualiti tinggi pada harga yang mampu dimiliki kepada pengguna serata negara akhir Mei lalu, jenama ini terus rancak membuatkan kehadirannya dirasai dan mencapai pengguna berpotensi melalui pelbagai pengaktifan aktiviti, salah satu daripadanya aktiviti tapak di kolej-kolej.

Program Jelajah Pencarian Duta Schwarzkopf

Encik Markus Daburger, Pengurus Besar Henkel Beauty Care – Cosmetics Retail, Malaysia & Singapura berkata, mereka sudah merangka satu kempen berterusan yang menyeluruh untuk memperkenalkan produk mereka di dua belas lokasi berbeza bermula 1 Oktober.

“Kami teruja untuk memulakan siri jelajah ini. Inisiatif ini akan berterusan selama hampir dua bulan dan kami menjangka untuk melengkapkannya sebelum akhir November ini. Berinteraksi dengan pelajar dan kakitangan di institusi pendidikan tinggi semasa persinggahan dua hari di tempat mereka pasti menjadi satu pengalaman yang penuh keseronokan. Kami juga menawarkan produk pada harga istimewa,” tambah beliau.

Venue yang sudah disahkan adalah seperti berikut:

  1. Taylor’s University Lakeside (1 dan 2 Okt)
  2. Universiti Antarabangsa INTI, Subang (3 dan 4 Okt)
  3. Universiti UCSI, Cheras (8 dan 9 Okt)
  4. Akademi The One, Sunway (10 dan 11 Okt)
  5. Kolej Universiti Kuala Lumpur Metropolitan (KLMUC) (15-16 Okt)
  6. Universiti Teknologi Maklumat Asia Pasifik (APU) (17-18 Okt)
  7. Kolej Hospitaliti Universiti Berjaya, Berjaya Times Square (22 dan 23 Okt)
  8. Universiti Sunway (24 dan 25 Okt)
  9. Universiti Multimedia (MMU), Cyberjaya (29 dan 30 Okt)
  10. Kolej Tunku Abdul Rahman (31 Okt dan 1 Nov)
  11. Kemayan ATC (5 dan 6 Nov)
  12. Kolej Metropolitan, Subang (7 dan 8 Nov)

Selain pertandingan jigsaw mudah sebagai sesi tetap bersuai-kenal, Pencarian Duta Schwarzkopf yang lebih sengit adalah tarikan utama bagi peserta untuk mendaftar dan bersaing mendapatkan bekalan satu tahun produk jenama ini. Mereka juga akan mendapat salinan percuma gambar saiz 4R bagi imej baru masing-masing dengan bingkai foto.

Setiap peserta perlu membeli produk ini untuk menyertai pertandingan Pencarian Duta Schwarzkopf 2012.

Mereka yang menaruh harapan akan mendapat dandanan percuma termasuk penggayaan rambut serta tata rias.

Mereka juga akan mendapat salinan percuma gambar saiz 4R bagi imej baru masing-masing dengan bingkai foto.

Seramai 10 personaliti akan dipilih sebagai pemenang berdasarkan slogan kreatif dan perwatakan yang paling tepat menggambarkan jenama untuk membentuk barisan terbaik pencarian bakat.

Untuk siri jelajah ini, Schwarzkopf akan mengetengahkan tiga jenama utama daripada kategori pewarna, penjagaan dan penggayaan rambut.

Antara produk tersebut adalah syampu, perapi dan siri rawatan Extra Care, siri warna rambut Freshlight dan siri penggayaan Got2b.

Produk-produk ini boleh didapati di farmasi, hypermarket dan pasaraya terpilih bermula bulan Jun.

Henkel beroperasi di serata dunia dengan jenama dan teknologi terkenal dalam tiga bidang perniagaan: Pencucian dan Penjagaan Rumah, Kosmetik/Kelengkapan Dandanan Diri dan Teknologi Lekit. Diasaskan pada 1876, Henkel mendahului dalam kedua-dua perniagaan konsumer serta perindustrian seperti Persil, Schwarzkopf dan Loctite. Henkel mempunyai 47,000 pekerja dan mencatatkan jualan 15,605 juta Euro dan keuntungan operasi sebanyak 2,029 Euro pada tahun fiskal 2011. Saham utama Henkel tersenarai di indeks saham Jerman DAX dan syarikat ini turut menduduki senarai Fortune Global 500.

Program Jelajah Pencarian Duta Schwarzkopf

Program Jelajah Pencarian Duta Schwarzkopf

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Review Bayview Hotel Georgetown

U MOBILE Bundles Mobile Internet With Acer’s Latest Ultrabook