in ,

PROGRAM MUZIKAL KHAS TAHUN BAHARU CINA 2009 DI RTM

Program-program hiburan sememangnya menjadi pilihan utama penonton apatahlagi ketika meraikan sambutan perayaan. Kesempatan yang ada digunakan sepenuhnya untuk berhibur bersama keluarga dan teman-teman tersayang. Ketika inilah juga semua stesen televisyen berlumba-lumba mahu menyiarkan program-program hiburan terbaik mereka demi memenuhi selera penonton setia saluran mereka.

Begitu juga sempena sambutan Tahun Baharu Cina ini, pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) turut menghadiahkan lima program-program hiburan menarik iaitu Zoom In Khas Tahun Baharu Cina (25 Januari 2009, jam 10.00 malam), Westlife Show (26 Januari 2009, jam 11.30 pagi), Pesta Ang Pau (27 Januari 2009, jam 3.00 petang), Musical Yan Chi Charity Show 2007 (28 Januari 2009, jam 9.00 malam) dan Pesta Hong Bao Ai FM 2009 (27 dan 28 Januari 2009, jam 10.00 pagi) yang kesemuanya disiarkan menerusi TV2, Dunia Ria.

 

Hiburan bermula dengan menyiarkan Zoom In Khas Tahun Baharu Cina, variasi sambutan pelbagai artis di Malaysia yang akan membuat persembahan dalam menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Penonton dapat menyaksikan kemunculan Karen Tan, Vick Teo, Vivian Lea dan Mas Idayu mendendangkan lagu popular masing-masing antaranya Dan Yuan Ren Chang Jiu, Ku Juga Menyintaimu, Wan Shih Eng Tong, Cinta Teka Teki, Wo Bu Hi Wang Zi, Bunga dan Dengar Dengarkan selain lagu Gong Xi Gong Xi yang menaikkan semangat penonton meraikan sambutan perayaan ini. Program ini menampilkan Shamsul Ghau Ghau dan Kelvin Lau sebagai pengacara juga diwarnai persembahan fesyen, tarian singa, pertunjukan akrobatik dan interaktif dengan penonton yang hadir memeriahkan program ini.

Kemudiannya sebagai menghargai peminat setia kumpulan yang berasal dari Ireland, Weslife, hiburan diteruskan dengan program Westlife Show yang disiarkan satu jam setengah dengan mempersembahkan lagu-lagu popular mereka di samping turut berkolaburasi dengan artis undangan yang dijemput memeriahkan persembahan artis yang pernah mencipta sejarah dalam Carta UK ini.

Pesta Ang Pau yang menyusul keesokkan harinya dilangsungkan bertempat di Auditorium Perdana, Angkasapuri pula mengetengahkan persembahan hiburan bertemakan perpaduan di Malaysia. Program ini melibatkan suasana taman dan masa sekarang dengan iringan lagu-lagu yang menceritakan tentang kalendar tahun baru dalam kaum cina serta lagu tentang meriahnya sambutan raya dalam negara yang berbilang kaum. Di samping itu, sketsa antara lagu mempunyai mesej tertentu yang boleh menceritakan tentang perayaan. Penglibatan artis bukan Cina juga turut diundang untuk memeriahkan Pesta Ang Pau. Artis yang terlibat menjayakan persembahan ini ialah Kelvin Lau, Vicky Tan, Angelin Tan, Misha Omar dan Suki.

Di samping berhibur, RTM tidak mengetepikan juga program berkonsepkan amal sempena Tahun Baru Cina menerusi Musical Yan Chi Charity Show 2007 yang menampilkan pengacara On Tak Chuen dan Wong Yee Hing. Program ini memperlihatkan kepada penonton sambutan Tahun Baharu Cina yang dilakukan kakitangan Hospital Yan Chai sempena menyambut ulang tahun ke- 40 hospital tersebut.  Mereka  telah menyediakan peluang pekerjaan serta menyumbangkan bantuan perubatan kepada komuniti.

Namun sesuatu yang pastinya ditunggu-tunggu pastinya program pentas hiburan tahunan Pesta Hong Bao Ai FM 2009 yang diadakan bertempat di Arena Of Star, Genting Highland. Ia sekali lagi menemui penonton dengan mengetengahkan tema “Balik Kampung Untuk  Menyambut Tahun Baharu Cina (Hui Jia Guo Nian)  untuk  meningkatkan kesedaran antara golongan muda betapa pentingnya balik ke kampung halaman sempena musim perayaan yang penuh bermakna ini, demi menjalin hubungan mesra sesama keluarga dan sahabat handal.

Program ini dilihat nyata mampu mengeratkan hubungan siratulrahim antara pendengar dengan stesen Ai FM kerana mempamerkan kehebatan DJ-Dj radio Ai FM dalam pelbagai aspek seperti seni suara, lakonan, nyanyian dan tarian yang berkonsepkan tradisi dan nilai kekeluargaan dimana DJ-DJ stesen radio Televisyen Malaysia berbahasa Cina ini akan memaparkan imej baharu dengan pakaian dan solekan opera cina tradional untuk menyanyi dan berlakon watak-watak cerita s opera Cina, dengan mengabungkan nilai-nlai murn kekeluargaan. Barisan DJ yang terlibat ialah Yong Lip Kiong, Tong Pei Keh, China Kok Choon, Chow Seow Fun, Ho Jia Wen dan Wong Mun Meng.

Justeru kepada penonton yang memutuskan untuk beristirehat di rumah menanti kunjungan tetamu sepanjang cuti perayaan Tahun Baharu Cina ini, usah ketinggalan berhibur menerusi Zoom In Khas Tahun Baharu Cina (25 Januari 2009, jam 10.00 malam), Westlife Show (26 Januari 2009, jam 11.30 pagi), Pesta Ang Pau (27 Januari 2009, jam 3.00 petang), Musical Yan Chi Charity Show 2007 (28 Januari 2009, jam 9.00 malam) dan Pesta Hong Bao Ai FM 2009 (27 dan 28 Januari 2009, jam 10.00 pagi) yang kesemuanya disiarkan menerusi TV2, Dunia Ria.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ceramah Khas Palestin & Kutipan Tabung Untuk Palestin

Gambar Saida di Pelancaran Album Lentera Timur