in

Program TV Menarik Sempena Tahun Baru Cina di TV3

MERIAHKAN SAMBUTAN TAHUN BARU CINA DENGAN PELBAGAI SAJIAN MENARIK DARI TV3!

Gong Xi Fa Cai! Sempena Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi, TV3 menyajikan pelbagai rancangan yang istimewa khusus untuk tontonan para penonton setianya. Sambil menikmati juadah yang tersedia dengan keluarga dan sahabat-handai, rehatkan diri anda dengan menonton program khas Wanita Hari Ini, Apa-Apa Aje, filem Seoul Raiders, Rob B Hood dan Master and Commander – The Far Side of the World.

Kemeriahan Tahun Lembu di mulakan dengan program Wanita Hari Ini (WHI), sebuah program bual bicara yang berwajah baru menemui penonton dengan pelbagai sajian menarik dan pastinya penuh dengan informasi yang berguna. Wanita Hari Ini akan bersiaran langsung dari One Utama Shopping Centre yang berlatarkan istana lama Cina selama dua hari berturut-turut pada hari Isnin dan selasa, 26 & 27 Januari 2009, jam 12.00 tengahari. Ini pastinya menjadi satu tarikan kepada penonton kerana dekorasi menarik istana ini pasti memukau pandangan sesiapa jua yang melihatnya. Pelbagai topik akan dikongsi bersama penonton dalam siaran selama 1 jam itu. Antaranya dalam segmen fesyen, topik yang akan diketengahkan oleh pengacara ialah mengenai gaya fesyen 2009 yang dibawa khas daripada butik Shanghai Tang. Pelbagai fesyen menarik tahun 2009 bakal ditonjolkan kepada para penonton dalam segmen fesyen ini.

Selain itu, pengacara juga bakal mengupas tentang keistimewaan Yee Sang iaitu upacara makan besar yang lazimnya diadakan pada malam sebelum Tahun Baru Cina. Juadah menarik untuk Yee Sang yang dibawakan oleh Sunway Hotel Resort & Spa dan Hotel Sheraton Subang pastinya menarik minat penonton untuk mencubanya. Mengikut pengertian dalam bahasa Cina, Yee Sang banyak menekankan kepada aspek kemakmuran dalam kehidupan. Ikuti kupasan selanjutnya dalam topik ini. Hidangan sempena Tahun Baru Cina tidak hanya terhenti di situ, pengacara juga bakal membincangkan tentang pemahaman dan pengertian tahun lembu bersama tetamu jemputan. Selain itu, persembahan tarian klasikal cina dan juga opera cina daripada one utama akan dipertontonkan kepada penonton dan pengunjung One Utama sempena Tahun Baru Cina ini.
Jangan lupa untuk menonton Apa-Apa Aje istimewa sempena Tahun Baru Cina yang akan bersiaran pada 26 Januari 2009 pada jam 11.00 pagi, menampilkan pengacara, Azhar Ribut (Din Bramboi) dan Intan Suraya bersiaran secara langsung dari Hotel Vistana, Kuala Lumpur menikmati Yee Sang yang disediakan oleh chef hotel tersebut. Saksikan aksi-aksi menarik Intan Suraya yang akan turut serta dalam tarian singa & naga dan pertandingan membaling limau ke dalam mulut naga antara lelaki dan perempuan.  Sementara di studio, Amy Mastura dan Shamsul Ghau-Ghau akan membincangkan tentang topik ‘obsesi warna’ bersama tetamu-tetamu undangan yang bakal menyerikan lagi episod pada kali ini. Penonton dapat berdiskusi bersama pengacara untuk mengenal pasti sama ada kaum lelaki atau wanita yang lebih obses terhadap warna.
 
Chinese New Year Movie Blockbuster menghidangkan filem aksi Hong Kong berjudul Seoul Raider pada hari Isnin, 26 Februari 2009, jam 10.00 malam dan Rob-B-Hood pada hari Selasa, jam 9.00 malam. Seoul Raider merupakan filem arahan Jingle Ma ini dibintangi oleh Tony Leung Chiu Wai dan Shu Qi berkisahkan tentang Lam lakonan Tony Leung, seorang ejen khas daripada Keselamatan Negara Jepun, bekerjasama dengan JJ lakonan Shu Qi, seorang pencuri yang mempunyai satu agenda tersembunyi, iaitu untuk mencari sepasang acuan paten yang digunakan dalam pencetakan wang palsu AS dan merebut ganjaran sebanyak $30,000,000 yang telah ditawarkan. Malangnya, rancangan mereka terpaksa ditunda apabila Owen lakonan Richie Ren, seorang anggota kakitangan kedutaan, bertindak mencuri acuan paten itu dan melarikan diri ke Korea. Filem yang berlatarbelakangkan persekitaran yang cantik sekitar bandar ini pastinya memukau pandangan penonton. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan kesudahan filem menarik ini.

Filem Rob-B Hood lakonan pelakon aksi terkenal dan tidak asing lagi, Jackie Chan bakal menemui penonton di kaca televisyen menerusi saluran TV3 sempena Tahun Baru Cina ini. Filem yang dibintangi pelakon hebat ini mengisahkan tentang seorang kaki judi, Fong yang tidak pernah melakukan kebaikan, berhadapan dengan satu masalah yang dianggap olehnya sebagai suatu perkara yang lebih menggerunkan daripada berhadapan dengan penghutang-penghutangnya. Fong terpaksa berhadapan dengan satu situasi dimana dia perlu memujuk seorang bayi yang menangis. Tetapi apa yang bakal terjadi apabila dia mengetahui bahawa bayi itu boleh dijadikan angsa emasnya untuk menangkis serangan daripada penghutangnya? Bolehkah beliau mengatasi fobianya dengan lampin-lampin, botol-botol susu, dan segala perkara yang memuakkan dalam menjaga seorang bayi? Ikuti kisah ini selanjutnya.

Pada 30 Januari 2009 menerusi slot Mega Movie, TV3 akan menayangkan sebuah filem menarik iaitu Pirates of The Caribbean-The Curse Of The Black Pearl yang membariskan pelakon handalan seperti Johnny Depp, Geoffrey Rush, Orlando Bloom, Keira Knightley, Jack Davenport, Jonathan Pryce.Ikuti penggambaraan Kapten Jack Sparrow, seorang lanun handal bersama-sama dengan  dan Will Turner yang merupakan tukang besi yang pinta di dalam usaha mereka mencari Elizabeth Swann. Elizabeth ialah anak perempuan gabenor dan kekasih Will telah diculik oleh Kapten Barbossa yang digeruni. Tanpa pengetahuan mereka, Barbossa yang garang dan bijak sebenarnya telah disumpah.

Pastikan anda tidak ketinggalan menikmati hiburan menarik pada musim perayaan Tahun Baru Cina ini daripada stesyen televisyen kegemaran ramai, pastinya TV3! Selamat Tahun Baru Cina daripada kami…

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bersama Menyambut Hari Kekasih di Hard Rock Cafe

Abby Abadi Rawat Luka Terpendam Ke China Bersama Zulkifli Ariffin?