Melodi dan irama berlainan namun pemahaman saya tentang bait lirik ini begitu syahdu dan menyentuh perasaan. Kenangan silam saya terbongkar satu persatu lalu berterbangan di daerah minda tatkala lagu ini berkumandang. Lagu ini boleh mengeluarkan segala memori yang lama bersarang. Sejarah kita mengecewakan manusia-manusia yang kepingin menggamit cinta dan sejarah di mana kita dikecewakan oleh insan yang tidak mahu berkongsi kasih dengan kita… Semua itu berputar-putar bagaikan satu gelombang ombak yang memukul pantai. Betapa berbisanya lagu ini…
Saya kira, lagu ini akan popular. Suara Kaer seolah serasi dengan irama dan lagu yang diberikan. Penghayatan Kaer untuk lagu ini begitu mendalam. Sesuai dengan gaya dan lenggok Kaer dengan mengalunkan lagu-lagu balada. Bagi saya, lagu ini akan menaikkan nama Kaer dan menjulang kepopularitian yang dulunya dicita-citakan oleh Kaer.
Kita pun akur, nasib tidak menyebelahi Kaer untuk terus berdiri dengan jayanya sehebat rakan seperjuangan di Akademi. Namun, Kaer punya bakat dan kebolehan dalam menyanyikan lagu dengan gayanya tersendiri. Teringat lagi kelunakan lagu Januari yang dinyanyikan Kaer ketika konsert Akademi Fantasia dulu… ia pernah tersenarai antara lagu yang membuatkan peminat jatuh cinta dengan suara yang dimilikki oleh Kaer.
Muzik video untuk lagu Izinkan Ku Pergi sedang di dalam pembikinan. Ianya diarah oleh pengarah seni Mohd. Roshfaizal Ariffin yang terkenal dengan Rosh R Studio. Saya harap, hasilnya nanti akan lebih menawan dengan tona warna dan ilustrasi kreatif gaya Roshfaizal.
Saya difahamkan, album Kaer kini sudah pun berada di pasaran mulai 19 Januari. Kaer kini sedang menyambung kembali pelajarannya di salah sebuah kolej. Semoga Kaer terus sukses mencipta nama dalam bidang seni nyanyian.
Antara lagu yang termuat dalam album terbaru Kaer:
01. Kaer – Menjelma
02. Kaer – Izinku Pergi
03. Kaer – Ku Tak Ingin Bebas
04. Kaer – Sinar Cahaya
05. Kaer – Apabila
06. Kaer – Dalam Kenangan
07. Kaer – Kau Telefon Lagi
08. Kaer – Hilangnya Cinta
09. Kaer – Mama Said
10. Kaer – Seribu Impian
11. Kaer – Kembali Bersama
KAER – IZINKAN AKU PERGI
Lagu: Azlan Abu Hassan
Lirik: Sulu Sarawak
Sinaran mata
Cerita segalanya
Duka lara terpendam
Memori semalamTinggal segala cinta
Tiada kembalinya
Lama dikasih kita
Kau bawa bersamaMimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga
Selamanya(Korus)
Pergilah rinduku
Hilangkan dirimu
Tak sanggup menanggung
Derita dikalbukuPergilah sayangku
Bermula semula
Semangat cintaku
Membara kerana dia
Tiada niatkuTersemat dijiwa
Setia bersamanya
Cinta murni berdua
Beribu teguhnyaMimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga
Selamanya(Ulang korus)
Maafkan aku duhai kasih
Izinkan ku pergi
CORETAN BLOGGER LAIN: