Pada 13 Januari 2009, jam 2 petang, Budiey ada menghadiri sidang media Road Tour Lelong Amal Suria FM di pejabat Suria FM yang terletak di Bangunan Ambank, Pekeliling. Turut hadir ialah wakil dari Rumah Nursalam, YM Raja Azizan Suhaimi Raja Abd Latif selaku Pengasas / Pengarah Ekskutif dan wakil dari Pusat Perlindungan Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia PERNIM.
Turut berucap di majlis ialah Engku Emran Engku Zainal Abidin selaku Chief Operating Officer Suria FM. Pengarah Program Suria FM iaitu Subarma Mohktarudin juga turut menjadi panel di sidang media itu.
Untuk tahun 2009, Suria FM terus mengatur langkah untuk lebih matang dan dekat bersama khalayak pendengarnya. Bermula dengan penukaran tagline baru, MUZIK TERBAIK TANPA HENTI, hinggalah ke siri jelajah promosi dan kali ini Suria FM tampil dengan konsep berbeza iaitu dengan memenuhi tanggungjawab sosial di samping elemen menghiburkan yang mana selain persembahan artis, pengunjung juga boleh beramal dengan membeli barangan peribadi artis yang akan dilelong.
Ucapan Engku Emran
Erra Fazira pun ada nak lelong barang dia. Ha, kalau korang nak tahu barang apakah yang Erra nak lelong tu,.. korang kena pegi la tengok sendiri. Kata korang kan peminat setia Erra kan?
Ianya bakal menyaksikan crew Suria FM akan menjelajah ke 9 lokasi di Semenanjung Malaysia iaitu Lembah Klang, Kuantan, Sg Petani, Taiping, Kuala Terengganu dan banyak kali.
Antara selebriti yang datang. Happy dapat menderma kan?
Julia, producer program Suria FM pun join. Pakai skirt ek?
Tujuan Utama adalah untuk menimbulkan kesedaran, banyak lagi pihak yang kurang bernasib baik dan memerlukan keprihatinan dan sebagai role model, barisan selebriti pastinya menjadi cermin kepada peminat mereka. Ini juga Budiey rasakan satu publisiti yang positif untuk meningkatkan jumlah pendengar Suria FM.
Pada Sabtu ini, bertempat di Mydin USJ Subang Jaya, bermula jam 8 hingga 10 malam, satu Road Tour Lelong Amal Suria FM yang pertama akan diadakan. Antara selebriti yang terlibat ialah Dafi, Dayang Nurfaizah, Diana Danielle, Imran Ajmain, Farah Asyikin, Erra Fazira, Liyana Jasmay, Nubhan dan Nikki.
Hasil lelongan akan diserahkan kepada Rumah Nur Salam (kanak-kanak terbiar Chow Kit) dan Pusat Perlindungan PERNIM (Kanak-Kanak HIV Positif).
Akhtar bersama kanak-kanak yang memerlukan bantuan kita semua
Imran Ajmain akan lelong kain songket yang dipakainya di hari raya
Nikki nak hadiah baju
Nubhan akan lelong topi dan kasut.
Dafi lelong topi dan T shirt