Ini dia gambar pembaca yang sudi datang join party ulangtahun ke-2 Budiey.com pada hari Sabtu lalu. Hari tu, Budiey ada siar part 1 dan ada yang komen mana gambar pembaca. Sabar, itu baru part 1. Dan yang ni lak part 2. Lepas ni ada part 3 lak.
Kalau nak ikut senarai, seramai lebih 40 orang pembaca yang dah janji nak datang. Siap hantar email. Tapi macam biasalah, Budiey dah tahu lama dah. Korang yang hantar email tu, bukan lagi kompem nak datang. Dan bilang punya bilang, seramai 27 orang pembaca yang meluangkan masa untuk join party ulangtahun ke-2 budiey.com.
Dikesempatan ini, Budiey ingin mengucapkan terima kasih banyak kepada semua yang sudi hadir. Ikut pada perancangan, kaunter pendaftaran dibuka pada jam 2 petang. Tetapi sebab ramai yang dah datang seawal jam 12 tengahari, jadi Budiey buka pada jam 1.30 petang sebab tak nak korang tunggu dan berdiri lama sangat kat luar Cafe Rasa Utara.
Antara pembaca yang sudi hadir ialah Nurul Huda, Abby, Ogy, Hilal, Nur Azizah, Hazrah, Faidhi, Roslina, Siti Julizah, Nurazhar, Darwina, Nur Rabiatul Adawiyah, Nurfarrahani, Roziyahanim, Rosmalawati, Roseallina, Shahrulhikmi, Erni, Nurul Asyikin, Nurhazirah, Khairul Azhar, Romi Junaidi, Joe, Siti Noraishah, Intan, Syahroinie dan Muhammad Redzuan.
Yang untungnya, semua pembaca yang datang dihadiahkan dengan sehelai T-shirt eksklusif Budiey.com yang bernilai RM35 setiap satu! Tidak termasuk lagi goodie bag dan juga hadiah untuk cabutan bertuah. Semua pembaca yang datang memang menang hadiah cabutan bertuah. hehe… harap korang berpuas hati la ya.
Ada pembaca yang datang dari Kuantan. Tq kat Redzuan yang sudi datang dari jauh. Hari tu, ada sorang pembaca dari Johor Bahru, tapi takde datang pun. Kesian Budiey tunggu korang. Sampai hati main-main dengan Budiey ek. Takpe, Budiey dah faham.
Sekali sekala belanja korang makan. Kali ini Budiey menjamu korang dengan nasi goreng, mee hun, ayam goreng berempah, dua jenis kuih muih malaysia, buah tembikai dan air sirap merah selasih. Ramai pembaca yang puas hati dengan makanan. Kata mereka, semua sedap-sedap. Banyak juga makanan yang tak habis sebab Budiey ingat yang datang 40 orang lebih… tapi nasib baik Budiey jemput juga VIP dan tetamu yang terdiri daripada artis, PR manager dan deejay radio.
Nurul Huda yang tiba seawal jam 1.30 petang.
Diikuti dengan Abby.
Memang Abby dan Huda selalu join setiap event yang Budiey anjurkan. Tq sebab sudi support. Budiey.com!
Senarai pembaca yang datang. Tangan sape ni?
Bersama Hilal. Ini kali kedua Hilal datang join.
Peace!
Nasi goreng menjadi menu utama untuk pembaca.
Juga mee hun
Ada ayam goreng berempah. Yummy! Sedap!
Dua jenis kuih muih
Sekali sekala belanja korang…
Bersama pasangan bahagia, Hilal dan Ogy.
Julia dari penerbit di radio Suria FM pun ada datang.
Cool… harap korang pakai T-shirt yang Budiey hadiahkan.
Ini adik kepada Ija Zain (geng Hongeh)
Tengah tunggu giliran register
Darwina, excited gile kali pertama jumpa pembaca nih… ceria sungguh dia!
Darwina & the geng. Tq sebab sudi bagi sokongan ya.
Geng paling glamour. Ingat artis mana yang datang… hehehe ramai yang ingat gadis manis tiga orang ni selebriti sebab pakaian mereka malatop habis!
Kalau ada anugerah pakaian paling malatop, diorang leh menang nih.
Tq sebab sudi pakai baju warna oren walaupun warna oren cair hehehe
Ini Erni… geng masa gi Bali… huhu… tq sebab sudi datang!
Romi & Joe
Budiey & geng Hongeh. Tak sabar nak gi Colmar Tropicale Bukit Tinggi dengan korang semua.
Gadis yang sungguh berani sebab datang sorang… hehehe… TQ TQ
Sedang mengambil makanan untuk menjamu selera
Yea, sila-sila
Jumpa korang semua di Parti Ulangtahun ke-3 tahun depan. Insyaallah.