Kalau sebut Nadia sahaja, mungkin ramai yang keliru, Nadia yang mana satu ek? Tapi kalau Budiey sebut Nadia yang nyanyi lagu Salam Untuk Kekasih tu… Pasti ramai yang ingat. Ooooh yang itu!
Ternyata, lagu Salam Untuk Kekasih telah melonjakkan nama beliau berbelas tahun lalu. Sehingga kini pun, lagu Salam Untuk Kekasih masih lagi berkumandang di radio.
Berita tentang Nadia buat comeback nih dalam Budiey dengar. Ya, selepas 13 tahun menyepi diri, kini tiba giliran Nadia mengubat rindu peminatnya.
Semalam, tanggal 25 September 2012 telah menemukan Budiey dengan penyanyi bersuara husky serak-serak basah ini secara kebetulan. Masa tu, Budiey tengah lepak di sebuah cafe di The Curve, Mutiara Damansara. Tiba-tiba, Budiey disapa oleh seorang lelaki yang juga merupakan PR kepada Nadia. Lalu diperkenalkan Budiey kepada Nadia. Di situ, Budiey mula mengorek cerita terbaru tentang penyanyi balada rock ini.
Melihat kepada wajah Nadia ni, mengingatkan Budiey dengan bintang AF iaitu Mas yang juga berasal dari Sabah. Suara pun lebih kurang sama. Ada husky.
Terbaru, Nadia akan kembali menemui peminat dengan lagu terbarunya berjudul ‘Hanya Untukmu’. Nadia sempat mengadakan promosinya di dalam Wanita Hari Ini di TV3 dan sempat menyanyikan dua buah lagu. Penyanyi ini mengakui sedang dalam proses menyiapkan album yang dijangka akan dilancarkan pada tahun hadapan. Sekarang tengah mengumpul material. Biasanya, lagu yang dibuat adalah ciptaannya sendiri memandangkan Nadia ini sebenarnya singer songwriter.
Single terbaru, Hanya Untukmu yang ditulis dan dicipta sendiri oleh Nadia mengisahkan tentang orang yang sentiasa merindui kekasihnya yang telah lama pergi atau yang telah meninggal dunia. Lagu ini bukannya kisah Nadia tapi beliau mengambil kisah orang sekelilingnya untuk dijadikan lagu.
Nadia juga ada mengkhabarkan kepada Budiey yang dia akan merakam semula lagu Salam Untuk Kekasih dan akan berduet dengan seorang penyanyi lelaki popular untuk menyanyikan semula lagu ciptaannya itu. Nak tahu dengan siapa Nadia berduet, tunggu lah tahun depan. Nadia juga mengubah sedikit lagu ciptaanya agar sesuai dengan trend muzik di zaman sekarang.
Nadia juga sempat berkongsi perkembangan terbaru dan tentang aktiviti hariannya sepanjang menyepi daripada bidang seni. “Sebenarnya sekarang saya sedang sibuk menguruskan perniagaan motel milik keluarga ‘Timahs Motel’ yang terletak di Sipitang, Sabah. Motel ni terletak di sempadan antara Brunei dan Sarawak. Selain daripada itu, saya juga sentiasa menghasilkan lagu-lagu baru untuk simpanan sendiri.”
Sementara itu, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Nadia sudah pun kembali solo selepas bercerai dengan suaminya yang bernikah pada tahun 1999 sedikit masa lalu. Penyanyi kelahiran Tawau, Sabah ini juga gigih membesarkan dua anaknya, Arif dan Farah yang masing-masing berusia 10 dan 6 tahun.
“Saya dan suami sudah pun berpisah. Sekarang saya adalah ibu tunggal. Sebenarnya, saya memang berulang-alik dari Sabah ke Kuala Lumpur sebab saya banyak terlibat dengan ‘show’ di KL. Tetapi perpisahan saya dengan suami bukanlah punca kenapa saya mahu membuat ‘comeback’. Semuanya kerana minat dan rindu untuk buat persembahan.” ujarnya yang mengakui masih mengekalkan imej yang sesuai dengan lagu dan karakternya di atas pentas.
Budiey sempat bertanya tentang Nadia dan sosial media. Adakah Nadia boleh dihubungi melalui Twitter? Menurut Nadia, selepas bercerai dengan suami, dia terus buka fanpage di facebook untuk berhubung dengan peminatnya. Buat masa ini, Nadia belum ada akaun Twitter.
Gambar Terbaru Nadia Penyanyi Salam Untuk Kekasih: