Semalam telah pun berlangsung Party E! Brand Refresh Asia di Vertigo Club, The Gardens, Mid Valley City yang bermula jam 8 malam. Dihadiri oleh ramai artis dan selebriti terkenal, party ini diadakan sempena dengan penjenamaan semula saluran terkenal di Astro iaitu saluran E! Entertainment yang kini memperkenalkan tagline terbaru mereka E! Pop of Culture.
Turut hadir ialah Pamela Chong yang pernah emegang watak sebagai Melor dalam filem Talentime, seorang gadis berdarah kacukan Melayu-Inggeris yang tampil dengan gaya kasual-chicks. Uninya, Pamela mengenakan aksesori rantai dengan warna tiffany yang sama dengan warna beg dan… eh, warna kuku pun warna yang sama!