8TV dengan bangganya membawakan rancangan realiti hit I Wanna Be A Model musim kedua dan mengajak para penonton untuk tidak melepaskan peluang menyaksikan wajah-wajah bertuah yang bakal menyinari persada fesyen negara dengan menghiasi majalah-majalah, papan iklan dan juga iklan TV.
Kembali dengan nafas baru, musim kedua ini bakal menampilkan lebih banyak wajah-wajah baru yang akan menghiasi kaca tv anda dalam masa terdekat ini.
Pengurus Besar Pengurusan Penjenamaan Kumpulan di 8TV, Cik Airin Zainul begitu teruja dengan pelancaran rancangan ini berkata, “Semasa rancangan ini mula disiarkan pada tahun lepas, siri I Wanna Be A Model telah meletakkan satu standard yang tinggi dengan visi inovatifnya dalam pencarian wajah-wajah baru sebagai model yang bukan sahaja perlu mempunyai rupa paras yang menarik tetapi juga harus mempunyai personaliti dan perawatakan yang ‘tepat’ dan bersesuaian untuk terus bertahan dalam industri tempatan ini.”
“Kini 8TV dengan bangganya membawakan kepada anda rancangan realiti pencarian model musim yang kedua, bertujuan untuk memberi peluang kepada lelaki mahupun perempuan yang berbakat besar dan berhasrat menjadikan bidang peragaan sebagai kerjaya profesional mereka. Inilah satu-satunya rancangan yang menampilkan ‘transformasi’ para peserta sehingga menjadi model yang terkenal dan berpotensi, apabila mereka perlu menjalani ujian dan tugasan pada setiap minggu yang akan memperlihatkan mereka yang benar-benar layak sahaja akan bertahan.”
Rancangan realiti I Wanna Be A Model ini terbuka kepada lelaki dan wanita yang berperawatakan fotogenik dan boleh bertutur dalam bahasa Cina, berumur antara 18 hingga 26 tahun dan tidak terikat dengan mana-mana kontrak peragaan. Selain itu, mereka yang berminat perlu mempunyai minimum ketinggian 175sm untuk peserta lelaki dan sekurang-kurangnya 160sm bagi peserta perempuan.
I Wanna Be A Model musim kedua yang diilhamkan oleh 8TV (menampilkan 13 episod) ini akan bermula dengan sepuluh peserta lelaki dan sepuluh peserta perempuan yang bakal dipilih selepas melalui tiga sesi ujibakat yang akan dilakukan di seluruh Malaysia.
Para peserta akan bersaing sesama sendiri dalam misi mencari supermodel yang berpotensi di samping mengelakkan diri dari tersingkir pada setiap minggu. Para peserta perlu berjaya di dalam setiap sesi seperti acara fesyen catwalk, sesi fotografi, solekan, penggayaan dan tatarias serta penggambaran video klip bersama para peserta yang lain.
Empat peserta finalis (dua peserta perempuan dan dua peserta lelaki) pula akan bersaing sesama sendiri dalam menentukan juara mutlak yang bakal bergelar Top Model . Para penonton boleh menghantar undian untuk peserta pilihan masing-masing di pusingan final melalui SMS, yang akan bersiaran SECARA LANGSUNG pada 28 Oktober, hari Ahad, jam 8.30 malam. Episod pertama I Wanna Be A Model pula akan disiarkan secara ekskusif di 8TV bermula 5 Ogos 2006, hari Ahad, jam 7 malam.
Untuk musim yang kedua ini, sekali lagi personaliti 8TV iaitu Lynn Lim (Hey Morning) dan juga Dylan Liong (Step Forward) begitu berbesar hati kerana diberi peluang menjadi pengacara bersama dalam rancangan realiti pencarian bakat-bakat baru untuk model tempatan ini. Siri realiti ini juga akan memberi informasi kepada para penonton tentang fesyen dan trend terkini.
Siri uji bakat yang pertama akan diadakan di Kuala Lumpur dari 15 hingga 17 Jun 2007 di lokasi yang akan diumumkan kemudian. Pada musim lepas, sessi uji bakat yang telah dijalankan menyaksikan penyertaan sebanyak 4,000 orang semasa pembukaan sesi pemilihan yang telah diadakan di Johor Bahru, Penang dan juga Kuala Lumpur.