MARI KREATIF BERSAMA ASTRO SEPTEMBER INI
Anak-anak muda mempamerkan kreativiti dalam pertandingan seni terbaru, Rekativiti!
Astro bangga memperkenalkan Rekativiti, rancangan terbaru yang akan muncul di Astro TVIQ (Channel 610), bertujuan membangkitkan kreativiti dalam golongan muda Malaysia. Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan Astro untuk membantu memperkayakan kehidupan melalui kandungan pembelajaran yang berpendidikan dan menyeronokkan, Rekativiti bertujuan menggalakkan kanak-kanak untuk meneroka potensi kreatif mereka dengan melibatkan diri dalam cabaran kesenian yang menyeronokkan.
“Rekativiti mengambil satu pendekatan unik untuk menekankan kepentingan seni dalam pembangunan kognitif anak-anak kita, yang meningkatkan kemahiran dalam penyelesaian masalah, pemikiran kritikal, dan komunikasi,” kata Ravi Gopal, Ketua Pendidikan di Astro. “Kami harap rancangan ini akan memberi inspirasi kepada generasi muda untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kreatif di rumah dan di sekolah, untuk meningkatkan kemahiran pembangunan mereka dan untuk menggalakkan pembelajaran menyeronokkan melalui penemuan Seni.”
Rekativiti adalah rancangan 8-episod pertandingan seni untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun. Setiap minggu, peserta muda kami akan mengambil bahagian dalam cabaran yang melibatkan kraf, mewarna, melukis, hiasan dan lukisan dengan menggunakan barangan biasa sehari-hari. Setiap episod melibatkan tugasan mini dan satu cabaran besar dengan tema yang digabungkan termasuk makanan & minuman, barang kitar semula, dan 1Malaysia.
Dibintangi hos muda ceria Elfira Loy dan Zoey Rahman, Rekativiti akan mula siaran dengan episod pertama pada hari Ahad 23 September pada jam 10 pagi di Astro TVIQ, yang akan menampilkan ujibakat peserta muda yang mengambil bahagian dalam pelbagai cabaran untuk menunjukkan kebolehan kreatif mereka.
Berikutan peringkat uji bakat, dua belas [12] pasukan peserta yang disenarai pendek akan menceburi tugasan mini serta cabaran besar dan karya seni mereka akan dinilai oleh pakar hakim Imuda dan Azhar Sulaiman serta seorang hakim selebriti khas. Terdapat juga pusingan penyingkiran di akhir setiap episod, yang mana hakim akan menentukan sama ada atau tidak setiap pasukan akan kekal untuk satu minggu lagi cabaran yang menarik berdasarkan karya seni terkini mereka. Akhirnya, hanya akan ada satu pasukan yang dinobatkan sebagai juara dalam acara kemuncak rancangan Rekativiti pada November ini!
Menggunakan sumber-sumber terbaik dan alat tulis oleh penaja rasmi, Faber-Castell, peserta muda kita mempunyai peluang untuk bekerja secara eksklusif dengan kualiti produk Faber-Castell untuk membantu dalam prestasi dan hasil kreatif mereka. “Kami melihat potensi besar dalam Rekativiti, dan berharap bahawa pelancaran program ini akan menjadi penggerak bagi program-program yang lebih bersifat sepertinya yang akan memberi inspirasi, merangsang kreativiti dan mendorong penglibatan aktif dalam pembelajaran,” kata Pengarah Urusan Faber Castell Asia Pasifik, Dr Toh Yan Peng.
Sempena pelancaran rancangan, Faber-Castell juga teruja untuk peserta mengalami konsep Genggaman terbaru pelbagai pensel hitam dan warna. “Titik cengkaman pada pelbagai produk Genggaman kami direka secara bijak untuk tangan kecil. Seperti semua ibu bapa akan tahu, mengembangkan kemahiran motor kanak-kanak adalah amat penting dalam pembangunan. Produk-produk ini membantu meningkatkan kawalan dan membolehkan ketangkasan yang lebih baik di kalangan kanak-kanak; membantu mereka membangun lebih cepat pada tahun-tahun awal dan menggalakkan mereka untuk meneroka lagi,” tambah Dr Toh.
Kanak-kanak di rumah juga boleh melawat laman web Rekativiti untuk mengambil bahagian dalam keseronokan cabaran yang terdapat di rancangan ini. Laman web ini akan mengandungi maklumat tentang episod Rekativiti semasa dan akan datang; profil hos rancangan, hakim dan peserta; video pendek menunjukkan tip seni dan kraf, serta galeri foto episod mingguan Rekativiti dan aktiviti di belakang tabir.
Di samping itu, penonton juga boleh klik pada perkhidmatan Butang Merah Astro untuk kemas kini mingguan pada episod Rekativiti, serta profil peserta dan peluang untuk kanak-kanak menghantar karya seni mereka sendiri.
Jangan lupa untuk menonton episod pertama Rekativiti pada hari Ahad 23 September dan setiap hari Ahad berikutnya pada jam 10 pagi eksklusif di Astro TVIQ (Saluran 610).
Mengenai Astro Malaysia Holdings
Astro Malaysia Holdings Sdn Bhd adalah peneraju kumpulan media bersepadu dengan operasi dalam 4 perniagaan utama : TV Berbayar, Radio, Kandungan dan Digital. Dilancarkan pada tahun 1996, Astro hari ini memiliki 50% penembusan TV kediaman di Malaysia atau 3 juta pelanggan, menjadikannya pengendali TV berbayar utama di rantau Asia Tenggara. Astro bersiaran dengan lebih 156 saluran, dengan 22 daripadanya HD, merupakan pendahulu inovasi dengan pengenalan HD, 3D dan PVR – pertama seumpamanya di Malaysia, dan juga Video Atas Permintaan (VOD) dan servis IPTV. Ia adalah teraju agregator, pencipta dan pengedar kandungan pelbagai bahasa asli dalam pelbagai genre merentasi pelbagai saluran. Jaringan radio, kedua-dua terestrial dan digital meliputi semua bahasa utama dan secara kumulatif menemui 13 juta pendengar dalam masa seminggu dan merupakan antara 10 stesen terbaik di Negara ini. Cabang digitalnya terlibat dalam penerbitan, aplikasi dan platform digital di samping penerbitan majalah hiburan dan gaya hidup tempatan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.astro.com.my
Mengenai Faber-Castell Malaysia
Faber-Castell Malaysia diasaskan pada tahun 1978 dengan kakitangan awal berjumlah 12. Pada masa itu ia berkhidmat semata-mata sebagai syarikat jualan untuk pasaran domestik. Pada tahun 1980, Faber-Castell Malaysia memulakan operasi pembuatan; menghasilkan pemadam getah asli dan PVC.
Hari ini dengan tenaga kerja seramai anggaran 550, ia berfungsi dan menyokong lebih daripada 2,500 peruncit alat tulis, kedai runcit moden dan pemborong utama di seluruh Malaysia dan di luar negara melalui kakitangan jualan, dan jabatan eksport.
Selain daripada rangkaian produk Genggaman yang memenangi 6 anugerah rekabentuk antarabangsa, dan juga sebagai syarikat pertama di Malaysia yang menghasilkan instrumen bertulis dengan teknologi GEL, Faber-Castell Malaysia telah membezakan diri dari pesaing dengan pelbagai anugerah dan pencapaian lain.
Setiap tahun, ia mempunyai kapasiti untuk menghasilkan 300 juta pemadam, 150 juta pen; dan gabungan mengejutkan sebanyak 200 juta pen penanda dan penyerlah boleh isi semula.