Gambar Amy Mastura di Pelancaran Infinity KOSE Prestigious
Jam 3 petang semalam, Budiey bergegas ke Majlis Pelancaran Produk Terbaru Kose iaitu Infinity Kose Prestigious yang diadakan di Concourse, Suria KLCC. Walaupun letih belum hilang setelah 3 hari ke Johor Bahru untuk trip ke Legoland Malaysia, namun Budiey tetap bersemangat untuk bertemu mata dengan penyanyi terkenal Amy Mastura.
Rasanya, umum dah tahu, Amy Mastura telah dilantik menjadi duta produk Kose. Kini, Kose telah melancarkan produk terbaru yang lebih berkesan untuk merawat kulit wajah supaya menjadi lebih anjal dan muda seperti Amy Mastura.
Di majlis yang turut menjemput peminat setia Amy Mastura ini, penyanyi manis ini menyanyikan dua buah lagu berjudul Happy dan single terbarunya, Itu Dulu.
Amy berkata dia bersyukur kerana sentiasa mendapat kepercayaan daripada pelbagai jenama antarabangsa yang sudi mengambilnya menjadi juru cakap produk masing-masing.
Walaupun mengakui tahap popularitinya di tahap sederhana, namun Amy Mastura sangat bertuah kerana masih diberi kepercayaan untuk menjadi duta dan jurucakap produk.
Menurut Amy Mastura, kepercayaan yang diberikan itu digunakan dengan sebaik-baiknya agar jenama yang diwakilinya itu mendapat perhatian.
“Saya selesa menjadi duta produk dan sentiasa terbuka dengan tawaran yang datang kerana itu bukti kepercayaan orang terhadap kita. Bagaimanapun pada usia begini saya perlu memilih tawaran yang datang supaya sesuai dengan status saya sebagai isteri dan ibu.”
Mengulas pembaharuan kontraknya bersama Kose, Amy memberitahu kerjasama itu berterusan atas persefahaman mereka yang baik selama ini.
“Produk ini juga sangat serasi dengan saya dan saya tiada masalah untuk meneruskan usaha sama bersama mereka.
Dalam perkembangan lain, Amy berkata dia bakal muncul dengan single terbaru iaitu Itu Dulu ciptaan Panji. Video masa Amy Mastura buat persembahan akan Budiey upload dalam Youtube dalam masa terdekat.
Tahniah buat Amy Mastura!