in

BERITA, BUAL BICARA, SUKAN DAN PROGRAM BERMAKLUMAT TV1

TV1 (SALURAN INFORMASI) PADAT DENGAN BERITA, BUAL BICARA, SUKAN DAN PROGRAM BERMAKLUMAT

Menerusi pengenalan baru tagline TV1 sebagai Saluran Informasi dan TV2 sebagai Dunia Ria mulai 1 Januari 2009 yang lalu, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi dua siarannya ini pastinya menyumbang kepada memudahkan penonton membuat pilihan siaran dengan lebih mudah dan tepat.

Menampilkan slogan berita, ‘Berita Tanpa Sempadan, Informasi Tanpa Batasan’ yang diketengahkan RTM mampu menarik tumpuan penonton mengikuti siaran TV1 (Saluran Informasi) yang akan lebih padat dan memberikan fokus yang lebih mendalam menerusi berita, program bual bicara dan sukan selain program berbentuk majalah dan dokumentari yang diketengahkan menerusi slot-slot istimewanya yang tersendiri dan berguna sebagai informasi kepada masyarakat keseluruhannya.

Kepelbagaian berita-berita yang akan disampaikan secara tepat dan padat meliputi Nasional @ 1 (Malaysia), National @ 1 (Inggeris), Nasional @ 1 (Mandarin), National @ 1 (Tamil) yang memaparkan berita semasa pada setiap hari Isnin hingga Ahad. Nasional @ 1 (Malaysia) disiarkan jam 6.00 pagi, 1.00 petang (kecuali Jumaat), 8.00 malam (Sabtu dan Ahad), 9.00 malam, 2.00 pagi dan 4.00 pagi. Manakala National @ 1 (Inggeris) pula jam 1.45 petang (kecuali Jumaat) dan 12.00 malam. Sementara itu, Nasional @ 1 (Mandarin) disiarkan jam 12.00 tengah hari dan 8.00 malam. Akhir sekali National @ 1 (Tamil) bersiaran jam 7.30 malam.

Selain itu, penonton berpeluang mendapatkan berita-berita menarik yang lebih menyeluruh menerusia Asia @ 1 (berita dan peristiwa yang berlaku di negara serantau), Wilayah @ 1 yang sebelumnya Warta Wilayah (berita dalam bahasa Malaysia yang tertumpu kepada berita masyarakat Sabah, Sarawak, Kuala Terengganu dan Kuala Lumpur).

Manakala Parlimen @ 1 cuba mengupas isu dan berita yang dipaparkan di parlimen hari ini. Sementara Dunia @ 1 pula memaparkan berita dan peristiwa yang berlaku di seluruh dunia yang dapat diikuti secara terus oleh penonton.
 
Sementara itu, Biz @ 1 memaparkan berita dan ekonomi dunia yang disampaikan menerusi bahasa Inggeris. Manakala Biz @ 1 (Malaysia/Singapura) pula leih fokus memaparkan berita ekonomi antara Malaysia dan Singapura. Begitu juga Biz @ 1 (Malaysia/China) melibatkan antara Malaysia dan China.
 
Istimewanya, TV1 mengekalkan siaran berita dan informasi dua negara berjiran menerusi Warta Serumpun yang menyampaikan berita semasa antara Malaysia dan Indonesia. Selain penonton dapat mengikuti Global @ 1 membincangkan isu semasa dunia.
 
Info Sukan @ 1 dan Gelanggang @ 1 adalah berita sukan yang dapat diikuti peminat-peminat setia perkembangan sukan tanah air dan juga luar negara.

Kepada peminat setia industri hiburan disiarkan Diva @ 1, berita hiburan melibatkan dalam dan luar negara disiarkan setiap Isnin hingga Ahad kecuali Jumaat.

Media @ 1 yang sebelum ini dikenali Akhbar Hari Ini adalah program yang membincangkan tajuk-tajuk utama di akhbar-akhbar utama disiarkan setiap hari Isnin hingga Ahad pada jam 7.15 pagi. Ia disampaikan pengacaranya menerusi Bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil. Selain itu istimewanya turut ditampilkan kelainan menerusi Semasa @ 1 adalah (berita ringkas 3 minit) dan Utama @ 1 (1 minit slide show tajuk-tajuk utama berita hari ini).

Begitu pun penonton menerusi Slot Stigma dapat mengikuti rancangan dokumentari yang menampilkan isu menarik seperti hak pengguna, peniaga kecil dan sebagainya bersiaran jam 4.31 petang iaitu menerusi Pengguna @ 1 (Isnin), IKS (Selasa), Galeri Perdana (Rabu) dan Eksklusif @ 1 (Khamis) selain program Riuh @ 1 (Jumaat).
 
Tidak ketinggalan juga program Bual bicara yang masih mengekalkan program Selamat Pagi Malaysia, HOT @ 1 (bual bicara bahasa Inggeris yang membincangkan isu-isu semasa seperti harga barang, ekonomi dan kesihatan), Biz Malaysia dan Tilawah @ 1 (dulunya Tilawah Interaktif). Menariknya, setiap hujung minggu menerusi TV1, penonton berpeluang menyaksikan program baharu Hujung Minggu Malaysia (Weekend Malaysia) yang disampaikan menerusi dwi bahasa sebagai perantara iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang lebih santai.

Di samping itu TV1 turut menyiarkan program bual bicara menarik berkaitan isu semasa iaitu Vasantham (Tamil) dan What Say You (Mandarin) yang sehingga kini memiliki pengikutnya sendiri.

Malah kekuatan program-program bual bicara di TV1 pastinya disumbangkan menerusi slot Bicarawara @ 1, setiap Isnin hingga Ahad (kecuali Sabtu), jam 9.30 malam yang melibatkan program bual bicara yang sememangnya memiliki pengikutnya sendiri iaitu melibatkan Fenomena Seni Bersama Rosyam Nor (Ahad), Isu (Selasa), Dialog (Rabu) dan Forum Perdana (Khamis). Menariknya, tiga program baharu turut diperkenalkan iaitu melibatkan program dikendalikan personaliti RTM menerajui program mereka sendiri. Program-program tersebut ialah Di Luar Lingkungan Bersama Sayed Munawar (Isnin), Apa Kata Wanita Bersama Zamzarina Zambri (Jumaat) selain Santai @ 1 Bersama Hezri Di Menara Kuala Lumpur, disiarkan secara langsung setiap Sabtu, jam 11.00 malam.

Bukan itu sahaja, malah program-program sukan juga tidak ketinggalan hebatnya dengan menyajikan program Sekilas Liga Malaysia (Highlight Liga) mengisi slot Aksi setiap Khamis, jam 7.03 malam, Gelanggang @ 1 , Sebelum Wisel, Wisel Penamat (Liga Super), Selebriti @ Sukan, Jaguh Futsal RTM Musim ke 2, Wira Sukan dan Wisel Penamat (Liga Premier).

Kekuatan Saluran Informasi TV1 juga disumbangkan menerusi slot-slot yang diketengahkan iaitu Vibrant (berita dan maklumat terkini dari seluruh dunia mengenai pelbagai isu seperti teknologi perubatan dan gaya hidup), Lavender (isu berkaitan wanita seperti kesihatan, fesyen dan tokoh wanita ternama), Cubalah Rasa (program masakan yang memaparkan pelbagai resepi dan informasi mengenai pemakanan yang sihat dari dalam dan luar negara), World Watch (dokumentari luar negara), Lensa (dokumentari pelbagai genre, budaya, etnik dan masyarakat setempat), Rentas Dunia (dokumentari tempat-tempat menarik dalam dan luar negara), Degupan (pelbagai isu dan informasi menarik dari sabah dan Sarawak selain bual bicara tentang hiburan, dan rancangan Jakim), Remaja @ 1 (isu dan informasi terkini tentang remaja dan persekitarannya mengikut perspektif remaja), Special @ 1 (dokumentari National Geographic) selain Xplorasi, Rancangan Jakim, Aksi, Blog, Panorama dan Interaktif.

Pastikan anda mendapatkan informasi yang padat dan tepat menerusi Saluran Informasi di TV1.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Showcase Imran Ajmain di Annexe Gallery

Gambar Adlin Aman Ramli dan Emilda Rosmila di Zura Academy