Atas desakan peminat, pelantun lagu ‘Patah Seribu’ Shila Amzah kembali mengaktifkan semula akuan Twitternya selepas mengambil keputusan untuk menutup akaun laman sosial tersebut, minggu lalu.
Ucapan Salam Aidilfitri 2012 dari Sharnaaz & Shila Amzah
Tidak menafikan timbul rasa bersalah terhadap peminat berhubung keputusan yang dibuatnya, Shila memberikan alasan kesibukkan hingga menyebabkan dia tidak sempat untuk melayan peminat di laman sosial ini.
Selain itu, Shila juga tidak menafikan keputusan yang dibuat berikutan cemuhan daripada penonton berikutan penampilannya yang tidak bertudung dalam program raya yang disiarkan sempena musim perayaan ini.
“Saya terima banyak teguran dan kritikan akibat penyiaran itu. Mungkin mereka tidak tahu rakaman itu dilakukan sebelum saya bertudung. Ramai yang menyalahkan saya dan menuduh saya bertudung itu hanya sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’. Malah ada yang menganggap saya mempersendakan hijab.
“Sejujurnya saya kecewa dan tertekan dengan apa yang berlaku. Namun saya tidak menyalahkan stesen televisyen dalam situasi ini. Walaupun saya cuba menyepikan diri seketika, namun saya sedar masih ada peminat yang menyokong saya dari belakang,” katanya yang akan berangkat ke Shanghai pada 31 Ogos ini bagi mewakili negara dalam pertandingan Asian Wave.