Masa sesi meet n greet pelakon Gadis Cuci bersama peminat di Karnival Sehati Berdansa Ria baru-baru ini, Budiey ada borak-borak dengan Faiz atau nama penuhnya, Adzriefaiz Azlan. Lama betul tak jumpa dengan hos Muzik-Muzik (ground), katanya sekarang ini sedang sibuk sikit dengan bidang lakonannya… Budiey rasa drama Ku Milikmu banyak membantu menaikkan nama anak kelahiran Pulau Pinang ini.
Selain jadi hos dan model, Faiz memang rasa seronok bergelar pelakon. Lebih-lebih lagi dapat membawa watak orang lain dalam lakonan. Biasanya beliau berimaginasi membawakan watak kawan-kawan yang dikenali.
“Kalau dapat watak yang hampir sama dengan orang yang saya kenal, saya akan membawa karakter mereka dalam watak yang saya lakonkan itu. Itu yang seronoknya. Saya ni sebenarnya seorang yang pemalu. Sebab itu ada yang kata saya nampak sombong. Saya ini jenis yang susah nak rapat dengan orang yang saya tak kenal. Kadang-kadang nak tegur orang pun saya segan. Kawan-kawan rapat saya semuanya kawan yang saya kenal lama. Apabila jadi pelakon ni semakin ramailah kawan saya sebab apabila sama-sama di lokasi dalam masa yang panjang, kita kenal orang lain dan semakin hari semakin rapat,” katanya.
Ditanya pasal peminat, Faiz merendah diri mengakui dirinya belum lagi dikenali kerana masih baru berlakon. Publisiti pun belum banyak.
“Tak tahulah orang kenal atau tidak saya ni, saya masih baru, tak apalah kalau orang kenal watak saya dalam drama pun sudah kira okey,” jelas Faiz yang memiliki darah campuran anak mami dan Jawa itu.
Kekasih Faiz sihat aje
Peace untuk korang
T shirt ni Faiz beli kat Jalan Masjid India aje. Tapi nampak macam beli kat Top Shop je kan?