Gambar Lana Nordin Pamela Anderson Malaysia

Jolokan Pamela Anderson Malaysia buat Lana Nordin resah pada mulanya… tetapi lama-lama Lana Nordin dan tak dapat kata apa. Bukan dia buat apa-apa kat payudaranya yang meranum masak tu. Budiey ada dengar cerita dari Lana tentang payudaranya. Dulu badan Lana ni berisi sikit. Kemudian, selepas kurus, payudara nampak besar bukan sebab Lana cucuk ke pam ke jauh sama sekali letak silikon. Semulajadi kata Lana. Jadi Budiey nak tunjuk gambar Lana ketika pertama kali jumpa Lana dulu… ini dia.

Masa ni Lana tengah shooting filem Gentayangan di Johor.

Dan Budiey rasa Lana tidak buat apa-apa pindaan sebab nampak maintain jek. Tengok gambar ni lak.

Yang ni tak jelas sangat. Ok cuba tengok yang ni… Budiey rasa ada besar sikit kot…

Apa ada dalam baju?

Seksi

Mmm, ada besar sikit la… sikit aje kan?

WAJAH pelakon ini, Lana Nordin sekadar sekejap-sekejap singgah di kaca TV dan layar perak, namun publisiti diterima wanita ini bagaikan berlebihan setelah diberi jolokan Pamela Anderson Malaysia. Barangkali kalau ada sesiapa yang mendapat gelaran ini, pasti akan terasa bangga. Cuma daripada skop berlainan, panggilan ini seolah menjatuhkan martabat kaum wanita kerana pelakon antarabangsa itu tidak sunyi dihimpit kontroversi memualkan.

Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin berkata, secara jujurnya dia malas mengambil peduli kata-kata nakal yang dilemparkan masyarakat terhadap diri yang baru mahu melebar sayap dalam dunia lakonan.

“Kalau orang sekeliling yang beri jolokan ini, saya tidak boleh hendak cakap apa-apa. Hendak marah pun tidak boleh sebab saya sudah bergelar artis, jadi saya terima saja anggapan ini tanpa melenting tidak tentu pasal. Bukan istilah saya kisah ataupun tidak kisah, sebaliknya saya berpendapat gelaran Pamela Anderson Malaysia ini sekadar cakap-cakap nakal orang luar sana,” katanya telus semasa majlis beramah mesra bersama artis Aquila Emas di Saloma Bistro, Jalan Ampang baru-baru ini.

SELAGI tidak menggangu diri, keluarga dan rakan-rakan terdekat, Lana sekadar membiarkan cakap-cakap tentang dirinya umpama Pamela Anderson Malaysia.

Antara artis Aquila Emas yang hadir adalah Betty Benafe, Zizan Nin, Yasmin Hani, Tony Eusoff, Airis Yasmin, Nazim Othman, Chelsia Ng dan Tania Zara.

Sambung wanita berusia 29 tahun ini, selagi gelaran ini tidak menganggu diri, keluarga serta rakan-rakan terdekat, Lana hanya membiarkan sahaja peminat memberi gelaran kepadanya.

Komen Lana dengan gelaran dan jolokan Pamela Anderson Malaysia

“Saya menerima saja jolokan ini walaupun sewaktu awal diberitahu, saya terus tergelak besar gara-gara mengenang saya yang kononnya mirip selebriti seksi luar itu. Paling penting, saya dan orang-orang yang terdekat di hati saya tahu siapa sebenarnya Lana Nordin. Itu sudah memadai kepada saya. Lagipun, susah untuk saya menutup mulut orang yang suka buat penilaian sendiri. Perkara ini tidak memberikan kesan buruk kepada saya. Jadi mengapa saya perlu lihat jolokan diberikan ini sebagai negatif?’ ‘soal Lana terus tersenyum.

Bagaimanakah gelaran ini mula melekat?

“Barangkali sebelum ini saya tidak mendapat liputan meluas sangat daripada pihak media cetak dan elektronik. Awal kemunculan saya sedikit berisi, namun lama-kelamaan berat badan saya makin susut sekali gus membuatkan badan saya nampak kurus, cuma ada bahagian yang tidak berubah. Sedangkan aset yang saya miliki sekarang kelihatannya sama saja dengan perempuan lain, malah tiada beza jika ingin diimbas kembali semasa badan saya besar. Saya juga mengakui tidak menjalankan pembesaran di mana-mana bahagian badan. Kalau tidak, sudah tentulah emak dan adik beradik perempuan saya yang lain akan perasan dengan situasi ini.

“Kalau orang ramai terus hendak berbuat bising, saya tidak boleh menjelaskan apa-apa lagi. Adik beradik saya yang lain pun punya ukuran saiz badan sama dengan saya juga. Istilah saya buat pembedahan membesarkan payu dara hingga digelar Pamela Anderson Malaysia memang tidak wujud sama sekali,” jelas Lana yang pernah kehilangan kira-kira lima kilogram hingga menjadikan tubuh yang dimiliki kini menjadi susut.

Sampuk wanita yang pernah muncul menerusi filem Remp-It dan Main-Main Cinta, meskipun gelaran itu ada waktu disalah anggap sesetengah pihak, namun Lana mengakui bertuah dek diri makin dikenali di laman seni.

“Satu yang saya perasan apabila munculnya cerita macam itu, khalayak mulai sedar kehadiran saya dalam dunia lakonan ini. Kalau ada yang pandang serta cakap saya ini dan itu, perkara berkenaan bermaksud orang ramai mula mengenali mana satu Lana Nordin. Maknanya saya wujud di hati masyarakat walaupun diberi gelaran Pamela Anderson Malaysia yang dilihat banyakkan keburukan berbanding kebaikan. Paling utama, saya tidak pernah sesekali mengacau orang lain, malah tidak juga mencipta isu Pamela Anderson untuk menaikkan populariti saya dalam industri ini. Kalau betul-betul saya inginkan glamor yang cepat, sudah tentu sudah lama saya buat perkara ini, cuma saya bukanlah artis gemar mencipta publisiti murahan,” jelas Lana dalam suara cukup tegas.

INGIN TONJOL BAKAT LAKONAN

Sambung wanita peramah ini lagi, dia merupakan artis yang punya strategi sendiri untuk mengenengah diri dalam karier lakonan, tanpa perlu bergantung harap cerita sensasi.

“Saya enggan berjumpa wartawan kalau tidak ada sebarang drama atau filem yang hendak diuar-uar. Sebaliknya, macam hari ini saya bertemu pihak media dalam upacara berhubung kait dengan lakonan. Kalau boleh saya mahu orang kenal saya menerusi hasil kerja dan mutu lakonan, bukan dengan kisah yang tiada kepentingan dalam seni. Saya akan berusaha dengan sehabis baik untuk muncul di khalayak bermula tahun 2009 kerana waktu itu filem saya Gentayangan akan menjengah di pawagam.

“Sekarang kalau setakat jadi pelakon sampingan atau watak pembantu dengan mana-mana produksi, saya agak malu untuk bertemu wartawan. Biarlah saya mencipta nama dulu dan baiki gaya lakonan, kemudian barulah saya akan mempromosikan diri,” tutur wanita kelahiran Kuching, Sarawak ini sepenuh keyakinan.

SEKADAR HUBUNGAN TEMAN BIASA

Bukan setakat digelar Pamela Anderson Malaysia, Lana juga dikatakan mempunyai hubungan dengan anak kepada seorang golongan kenamaan terkenal di negara ini. Lelaki berkenaan sebelum ini pernah dikaitkan bercinta dengan seorang artis jelita ternama dan seorang personaliti TV.

Dengan cukup professional, Lana tidak sesekali menyembunyikan perkara itu, namun dia sekadar mengatakan hubungan yang terjalin dengan lelaki itu, hanya teman biasa.

“Saya dan si dia sekadar bersahabat saja. Lagipun kami sudah saling mengenali sejak tujuh hingga lapan tahun lalu. Waktu itu umur saya adalah 21 tahun. Kami memang tiada sebarang perhubungan istimewa, sebaliknya sekadar kawan baik saja setelah diperkenal oleh seorang rakan lain. Daripada situ, bermulalah detik kami berkawan dan dia menjadi sebahagian daripada rakan baik saya. Kami selalu lepak dan minum-minum saja, tanpa membabitkan soal hati dan kasih-sayang,” terang Lana tanpa berselindung.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Panggung Sabtu – Baabul Lakonan Amitabh Bachchan, Hema Malini

Gambar Pengacara Muzik-Muzik Adzriefaiz Azlan Jadi Pelakon Gadis Cuci