PANGGUNG SABTU – “Baabul”
Balraj kapoor merupakan ahli perniagaan yang kaya hidup bersama isterinya, Shobna dan anak lelakinya Avinash. Setelah dewasa Avinash bertemu dengan Millie lalu mereka berkahwin dan dikurniakan seorang anak. Rakan baik Millie iaitu Rajat merupakan pemuzik dan menyimpan perasaan terhadap Millie. Mengetahui tentang perkahwinan Millie, Rajat tumpang gembira tetapi dia membawa diri ke Eropah untuk meneruskan kerjayanya di dalam bidang muzik. Namun, kejadian malang berlaku apabila Avinash ditimpa kemalangan jalan raya dan meninggal dunia. Millie berduka dan hilang semangat untuk meneruskan kehidupan. Balraj yang sedih melihat keadaan menantunya itu, tekad untuk mencari pengganti Avinash. Tetapi hasratnya itu mendapat tentangan dari pelbagai pihak. Apakah yang terjadi seterusnya?
Pelakon: Amitabh Bachchan, Hema Malini, Salman Khan, Rani Mukherjee, John Abraham