in ,

Sinopsis Drama Fatihah Untuk Abah

Salam lebaran di hari yang ke-6 buat semua pembaca budiey.com. Syukur, Budiey dah pun selamat tiba di Kuala Lumpur untuk kembali bekerja. Kampung halaman telah pun kita tinggalkan dengan seribu kenangan indah beraya bersama kaum keluarga dan sanak saudara.

Bagaimana raya anda tahun ini?

VIDEO PENUH DRAMA FATIHAH UNTUK ABAH

Adakah raya anda hanya semata-mata di depan kaca TV? Maklumlah, banyak sekali drama-drama yang dihidangkan. Kebanyakan drama raya tahun ni rata-rata bergenrekan kekeluargaan. Banyak betul drama yang sedih dan menyentap rasa jiwa dan raga, kan?

Mungkin tahun depan, kita kena cadangkan kepada stesen TV untuk memperbanyakkan drama berbentuk komedi pula. Sebab raya-raya macam ni, kita tak digalakkan bersedih dan berduka, betul tak?

Namun, tak mengapalah, sebenarnya drama sedih tu ada unsur-unsur pengacara buat kita semua. Sekurang-kurang, memberi keinsafan dan mesej berguna untuk kita menjalani hidup.

Pada pagi raya ke-3 yang lalu, Budiey ada menonton sebuah drama yang sangat syahdu syahdan. Budiey sangat tersentuh menonton drama ini. Dan begitu juga dengan beberapa rakan di Twitter, rata-rata cakap drama ni sangat sedih. Drama yang Budiey maksudkan ialah drama Fatihah untuk Abah di TV3. Sebuah drama yang hebat dan sangat menyentap perasaan. Dengarnya ramai yang tersedu sedan. Drama Fatihah Buat Abah dilakonkan oleh pelakon hebat & mantap seperti Faizal Hussein, Sharifah Amani, Shafie Naswip dan beberapa lagi nama besar.

Drama ini memang sangat berkesan dan memberi pengajaran serta moral kepada para penonton. Moralnya, darjat dan harta tidak boleh menjamin kebahagiaan sekiranya tidak bersama orang tersayang.

Di sini, Budiey nak ucapkan tahniah dan selamat hari raya juga buat pengarah drama ini iaitu Azma Aizal Yusoof. Dengan ucapan, semoga berbahagia selalu di hari raya ini. Balik kelate koh demo tahun ini?

Boleh tangkap nangis bila tengok drama ni. Korang leleh ke tidhooook?

Sinopsis Fatihah Untuk Abah

Kekosongan hidup Dollah ditemani dengan gelak tawa dan gurau senda rakan-rakan-rakan di tempat kerjanya. Selain itu, Dollah juga sering mendapat perhatian daripada kerani bernama Ani yang sering mengambil berat terhadap Dollah. Namun begitu sebagai pemandu lori, rutin harian Dollah agak membosankan apatah lagi bila dia hidup kesorangan.

Suatu hari Dollah dikejutkan dengan kunjungan seorang gadis yang seiras wajah bekas isterinya. Fatihah adalah anaknya yang ditinggalkan 17 tahun lalu. Kehadiran Fatihah mengingatkan Dollah pada kisah lalu. Dollah pernah berkeluarga dan pernah bercinta serta cintanya dihalang oleh keluarga isterinya. Isteri Dollah datang daripada keluarga mewah. Pastinya keluarga isterinya tidak mahu membiarkan anak mereka hidup susah bersama dengan pemandu lori. Akhirnya Dollah melepaskan isterinya yang sedang mengandungkan Fatihah ketika itu kepada keluarga isterinya bagi memastikan kehidupan dua beranak itu terjamin. Mulai dari saat itu, Dollah mula kesunyian.

Drama Fatihah Untuk Abah

Berbalik kepada Fatihah, Dollah bertanyakan kepada Fatihah mengenai ibu Fatihah dan jawapan yang diterima ialah ibunya telah meninggal dunia ketika usia Fatihah 6 tahun. Dollah terkejut kerana keluarga isterinya tidak menyampai berita tersebut kepadanya. Dalam keadaan sayu, Dollah bertanya kepada Fatihah akan tujuan sebenar Fatihah datang berjumpa dengannya. Fatihah memberitahu dia ingin menghabiskan cuti sekolah selama sebulan untuk mengenali ayahnya itu. Fatihah terlebih dahulu telah meminta izin daripada Tok Mak.

Dollah menjadi malu untuk menyambut kehadiran Fatihah kerana keadaan rumahnya yang usang dan berselerak sedangkan Fatihah sudah biasa hidup mewah bersama Tok Mak. Kehadiran Fatihah sedikit sebanyak telah mengubah sikap pendiam Dollah.

Jika dulu sakit demam Dollah tiada siapa peduli tapi kini Fatihah yang manjaganya. Malahan keadaan rumah termasuk makan dan pakai ayahnya akan diuruskan Fatihah. Fatihah juga sering mengikut ayahnya ke tempat kerja.

Setiap kali berborak dengan Kak Ani, Fatihah dapat menghidu akan keprihatinan Kak Ani kepada ayahnya, namun ayahnya sahaja yang tidak mengendahkan hal itu. Suatu hari Dollah telah meminta Fatihah untuk berterus terang dengannya sama ada betul atau tidak Tok Mak mengetahui Fatihah berada dengannya. Akhirnya, Fatihah mengaku bahawa dia lari dari kursus yang sepatut dihadirinya selepas peperiksaan SPM kerana ingin mencari Dollah.

Dalam masa yang sama, Amat kawan sekerja Dollah semakin iri hati dengan Dollah apabila Fatihah cuba merapatkan hubungan Dollah dengan Ani. Malah dalam tak sedar, Amat suka melihat Fatihah. Nafsu telah mendorong Amat yang hampir merogol Fatihah tetapi sempat diselamatkan oleh Said. Apabila mengetahui keadaan Fatihah tidak selamat, Dollah menyuruh Fatihah pulang namun Fatihah merayu ingin terus tinggal dengan Dollah. Dollah bersetuju tetapi meletakkan syarat supaya Fatihah menghubungi Tok Mak dan memberitahu perkara sebenar.

Akhirnya Fatihah terpaksa pulang bersama Tok Mak. Kepulangan Fatihah ke pangkuan Tok Mak membuatkan Dollah kembali sunyi tetapi dia merelakan pemergian Fatihah. Fatihah begitu marah kerana abahnya tidak berlawan habis-habisan untuk mempertahankan haknya sebagai ayah kandung Fatihah. Namun Dollah mempunyai sebab mengapa dia rela melepaskan Fatihah. Segala-galanya terjawab apabila Said dan Kak Ani datang bertemu Fatihah dan memberitahu segala rahsia yang Fatihah tidak pernah tahu selama ini. Apabila terbongkar segalanya Tok Mak menyesali segala apa yang telah dia lakukan terhadap Dollah dan Fatihah.

1. CERITA ASAL, LAKON TV & ARAHAN
-AZMA AIZAL YUSOOF-

2. PENULIS SKRIP
-EENAZ MOKHTAR-

3. PENGARAH VIDEOGRAFI
-AM IZHAM-

4. PENERBIT
-ZIZIE IZETTE (BZ2121 PRODUCTIONS)-

PELAKON UTAMA:
FAIZAL HUSSEIN – DOLLAH
SHARIFAH AMANI – FATIHAH
SYAFIE NASWIP – SAID
AMYZA AZNAN – ANI
AZHAN RANI – AMAT
KHATY FAUZIAH – TOK MAK

TAYANGAN:
RAYA KE 3 jam 9.30 Pagi di TV3

Drama Fatihah Untuk Abah

Drama Fatihah Untuk Abah

Drama Fatihah Untuk Abah

Drama Fatihah Untuk Abah

Drama Fatihah Untuk Abah

Drama Fatihah Untuk Abah

Drama Fatihah Untuk Abah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Review A’Famosa Resort Melaka

VIdeo Fear Factor Selebriti Malaysia