Hari ini, tanggal 24 Disember 2009, adalah hari ulangtahun kelahiran Ira Aznira, seorang pembaca setia Budiey.com. Dengan itu, Budiey mewakili semua pembaca Sensasi Selebriti ingin mengucapkan Selamat Hari Jadi yang ke-27 kepada Ira Aznira semoga sentiasa dimurahkan rezeki, dilimpahkan kebahagian dan dipayungi kesihatan berpanjangan. Sukses sokmo la deh! Teruskan membaca blog ini setiap hari. Terima kasih sebab tak jemu belek blog ni… hehe bukan ada apa-apa pun kat sini. Cerita dan gambar Scha dan Liyana Jasmay pun tak banyak hehehehe… gurau jah, Ira.
Mungkin bersesuaian dengan ulangtahun pembaca setia ini, sebuah lagu Imran Ajmain yang menjadi single untuk album terbarunya, Selamat Ulangtahun Sayang ditujukan khas untuk Ira. Semoga happy sokmo! Peace!
Lirik Lagu Selamat Ulangtahun Sayang Imran Ajmain
Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu
Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa
Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita
Chorus
Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita ‘kan bertemu
Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan
Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu