in

Irma Hasmie Sah Mengandung Anak Pertama

Isteri yang mengandung, suami pula mengidam. Begitulah yang berlaku buat suami kepada pelakon dan pengacara Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer Mohd Redzuan yang melalui tabiat pelik selepas isterinya itu disahkan berbadan dua.

Redza berkata, apabila mendapat tahu isterinya hamil lima minggu, dia menjadi seorang yang kuat makan tetapi Irma hanya mengalami alahan biasa seperti mana yang dilalui kebanyakan wanita mengandung lain.

Gambar Irma Hasmie Bersanding

“Isteri tidak mengidam apa-apa lagi setakat ini tetapi sebaliknya saya pula yang mengidam nak makan macam-macam sehingga menjadikan saya seorang yang kuat makan,”

Dalam pada itu, Redza berkata buat sementara ini dia akan menemani isterinya untuk menghadiri majlis-majlis tertentu kerana bimbang keadaan isterinya yang mengalami alahan akibat mengandung.

“Jika terjadi apa-apa susah pula. Lebih baik saya menemani dia ke mana-mana selepas ini tambahan pula dengan cara itu ia boleh mengeratkan lagi hubungan kami suami-isteri,” ujarnya.

Redza turut menambah walaupun masih pada peringkat awal tetapi dia sangat teruja untuk bergelar seorang bapa.

Sementara itu, Irma memberitahu kandungannya berada di dalam keadaan baik cuma dia tidak boleh menikmati makanan dan sentiasa mengalami muntah-muntah.

“Syukur Alhamdulillah dengan kurniaan ini dan saya berharap semua mendoakan yang terbaik buat diri saya,” katanya.

Biarpun menganggap masih terlalu awal untuk berkongsi berita gembira ini dengan peminat, namun pelakon dan pengacara, Irma Hasmie,30, tidak menafikan berita yang mengatakan bahawa dia kini sudah berbadan dua.

Malah, Irma yang ditemani suaminya, Redza Shah, 31, ketika majlis fitrah Ramadan 2012, malam tadi memberitahu keadaannya ketika ini kurang sihat dan menghadapi alahan muntah-muntah.

“Insya Allah, memang betul saya sudah mengandung. Sekarang ini pun saya agak tidak sihat dan banyak muntah-muntah. Usia kandungan saya 4 minggu dan sudah mahu masuk ke 5 minggu. Saya selalu muntah-muntah dan tidak boleh menerima makanan. Namun, doktor memberitahu bahawa ini simptom biasa. Saya berharap badan saya cukup kuat menghadapinya.

“Setakat ini itu saja alahan yang saya hadapi. Saya tidak mengindam apa-apa pun hanya suami saya saja yang mengidam lebih. Dia pula yang tiba-tiba jadi kuat makan,”

Gembira bakal bergelar bapa, sebagai suami, Redza lebih banyak meluangkan masa bersama Irma.

“Syukur Alhamdulillah. Sekarang ini kandungan isteri saya masih dalam peringkat awal lagi. Saya harap semuanya mendoakan yang terbaik. Saya harap Irma kuat dan tabah.

“Disebabkan kesihatan Irma tidak berapa mengizinkan, saya lebih kerap menemaninya ke majlis-majlis tertentu. Saya bukanlah bertindak sebagai pengurus Irma tetapi hanya ingin memantau keadaannya. Itu tanggungjawab saya sebagai suami. Lagipun saya bekerja sendiri dan ianya langsung tidak menganggu waktu kerja saya,” jelas Redza.

Mempersetujui apa yang dijelaskan suaminya itu, Irma mengakui lebih selesa suaminya bersama dan merasakan sentiasa selamat. via Murai & Mstar

Irma Hasmie Kahwin

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Makeover Rumah Pemenang Bertuah Sedang Berlangsung

Pelancaran UNIQLO UT Grand Prix 2013