Sungguh klasik! Mawi dan Ekin nampak macam orang lama. Agak-agak kalau Mawi dan Ekin dilahirkan di zaman P. Ramlee, haa macam nilah agaknya rupa diorang. Kira boleh bersaing dengan bakat P. Ramlee la ek. Melihat kepada gambar-gambar romantis yang menceriakan dari diorang ni… mengimbaskan kita kembali masa Siti kahwin dengan Datuk K dulu. Masa tu, memang ada sponsor yang sibuk buat shooting pra-perkahwinan untuk tatapan peminat dan bagi tujuan publisiti.
Wedding of the year, tak syak lagi milik pasangan popular ini. Walaupun ada yang mengutuk dan mencaci kedua pasangan ini, tapi bagi mereka…”Peduli apa aku!”
Untuk info pembaca, Budiey tak dijemput untuk buat liputan ke kedua-dua majlis perkahwinan Mawi dan Ekin di Johor dan di Kuala Lumpur. Mungkin kerana pihak pengurusan Mawi marah dan geram dengan Budiey atau masih berdendam dengan Budiey sebab menyiarkan komentar-komentar pembaca. Tidak mengapa. Budiey terima dengan hati terbuka. Lagi pun, Budiey sedar, Budiey hanyalah media picisan dan tidak ramai pengikut pun. Kepada Mawi dan Ekin, selamat pengantin baru… semoga bahagia hingga akhir hayat.
p/s: Ada kawan Budiey yang nak sponsor buat inai dan henna untuk Mawi dan Ekin terkejut sebab untuk sponsor henna, dia kena bayar berpuluh ribu RM. Gile ke hapa? Orang nak buat henna free la dol!