Ujibakat pencarian gadis berbakat di dalam bidang pengacaraan untuk menyertai Pesona Nona Musim Ketiga telah pun dijalankan sepanjang bulan November yang lalu. Setelah saringan diadakan, 10 peserta yang menepati kritera-kriteria yang digariskan berjaya terpilih untuk mara ke peringkat seterusnya. Segmen realiti yang disiarkan melalui program Nona ini akan mula disiarkan di TV3 mulai 4 Januari 2008, jam 2.00 petang.
Sehubungan itu, majlis sidang akhbar akan diadakan untuk memperkenalkan 10 gadis anggun Pesona Nona ini dan memberi peluang kepada pihak media untuk mengenali mereka dan mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai pencarian gadis Pesona Nona.
Majlis ini turut dimeriahkan lagi dengan persembahan-persembahan istimewa serta menyaksikan penyerahan cek dari penaja utama segmen Pesona Nona, UNZA (SAFI) dan penaja hadiah seperti Rafflesia, Jakel & Langkawi Crystal kepada pihak TV3.