“Peminat paling setia, sampai kapan pun!” Gelaran itu selayaknya diberi pada sebahagian besar peminat Peterpan yang mahu dikenali sebagai ‘Sahabat Peterpan’. Sebab kesetiaan juga kesabaran menantikan kemunculan Ariel. Sambil menunggu, “Sahabat Peterpan” bernyanyi di depan Rumah Tahanan kelas 1A Kebon Waru, Kota Bandung, Jawa Barat. Kebanyakan mereka sudah berkumpul di ruang legar luar pusat tahanan tersebut, sejak kelmarin.
Ariel atau Nazril Irham akhirnya dibebaskan sekitar jam 9.08 pagi tadi. Ariel keluar dengan pengawalan ketat pihak polis lalu terus menuju ke kenderaan Toyota D 940 A berwarna putih.
Mengenakan sweater hitam, Ariel sempat melemparkan senyuman kepada para peminatnya sebelum meninggalkan Rumah Kebun Waru menuju ke banggunan pusat Republik Indonesia Negeri Bandung.
Lokasi banggunan tersebut sebenarnya berada hanya di depan Rumah Kebun Waru. Namun, disebabkan jalan di depan pusat tahanan itu padat dengan kenderaan ditambah dengan asakan para peminat, rombongan Ariel terpaksa berpatah balik dan menuju pusat kerajaan yang terletak di Jalan Terusan Jakarta, Bandung.
Keterujaan masyarakat yang ingin melihat pembebasan Ariel kawasan pusat tahanan itu penuh sesak.
Sementara itu dalam satu laporan media Indonesia yang lain, Ariel meluahkan rasa syukur dan gembira dengan pembebasan bersyaratnya itu. Beliau juga mengakui sangat senang kerana saat ini memang sudah lama dinantikan.
“Saya tak mahu cakap banyak, yang saya tahu, hari ini saya bebas. Saya senang menghirup udara bebas, itu yang saya impikan,” ujarnya.
Difahamkan selesai sidang media, Ariel akan ke BAPAS (Balai Permasyarakatan) untuk menyelesaikan dokumen-dokumen yang harus ditandatangani sebagai syarat PB (Bebas Bersyarat).