in ,

Undian SMS Drama Dejavu Di Kinabalu

Drama bersiri Dejavu Di Kinabalu yang sedang hangat ditayangkan di slot Akasia setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 petang semakin hampir ke kemuncaknya. Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah kesudahan yang akan berlaku di penghujung kisah percintaan Nadira.

Undian SMS Drama Dejavu Di Kinabalu. Adakah Nadira akan meneruskan hubungan bersama Ammar, lelaki yang telah mengajarnya erti sebenar kasih dan cinta ataupun pulang ke pangkuan Bazli iaitu lelaki yang telah banyak berkorban untuknya.

Bagi menghargai penonton yang setia mengikuti drama bersiri ini, kini penonton diberi kuasa untuk menentukan siapakah pilihan cinta hati Nadira di penghujung drama bersiri ini dengan mengundi A untuk watak Ammar atau B untuk watak Bazli.

Dejavu Di Kinabalu

Tujuan undian SMS ini diadakan adalah kerana TV3 mahu penonton yang selama ini setia bersama tv3 menjadi sebahagian daripada TV3 untuk memilih penghujung drama ini.

Para penonton boleh mengundi dengan menghantar mesej pesanan ringkas (sms) dengan menaip DejavuA atau B dan hantar ke 33399 bermula 16 Julai 2012 jam 8.00 malam sehingga 26 Julai jam 8.00 malam. Penonton boleh mengetahui keputusan undian ini dengan menonton episod akhir drama bersiri ini pada 2 Ogos 2012. *Setiap sms akan dikenakan caj 50sen.

Additional info on Dejavu Di Kinabalu:

1. Voting on viewer’s favorite ending will be running starting week 5 from 16th July – 26th July for 2 weeks. A – Ammar B – Bazli

2. Dejavu Di Kinabalu final eps and final voting result on 2nd Aug which is ep 28 (Final Eps)

3. Now sms voting have increased since Monday and vary (up & down) daily. We received a lot of sms, multiply every day reaching 5000.

4. On 19th July Aqasha has opened his own special twitter account @teamammar dan Nazim Othman menubuhkan @teambazli . Mereka telah melancarkan ‘perang’ twitter di antara Team Bazli dan Team Ammar. Tiz Zaqyah juga telah mengaktifkan akaun twitternya untuk memeriahkan lagi ‘perang’ twitter ini.

5. We will have sms voting where viewers can choose their own ending. Right now in ep 17 – 27 Nadirah is contemplating whether to choose Ammar or Bazli. Viewers need to help her or to decide on behalf of her who she should choose base from the ep 1 – 24 relationships between Ammar, her true love or Bazli, her childhood sweetheart and loving boyfriend.

KEABADIAN CINTA INARA
TERSEMADI DI JIWA NADIRA

Kehilangan dan kekosongan dalam hati Ammar masih terasa walaupun insan yang tercinta sudah 3 tahun meninggalkannya. Mungkinkah ini hanya satu kebetulan ataupun takdir apabila dipertemukan dengan Nadira yang mempunyai ciri-ciri sama seperti arwah tunangnya? Perasaan dejavu yang dirasai setiap kali mereka berjumpa telah mewujudkan satu ikatan yang istimewa antara Ammar dan Nadira.

Menyusuli SEINDAH SAKURA, saksikan DEJAVU DI KINABALU, buah tangan terbaru di slot Akasia karya indah arahan dan nukilan skrip oleh Eirma Fatima mulai 18 Jun 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam. Drama bersiri 28 episod ini diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd membariskan pelakon-pelakon popular tanahair seperti Aqasha (Ammar Zulkarnain), Tiz Zaqyah (Dalilah Nadira), Nazim Othman (Bazli Aiman), Aishah Ilias (Inara), Meor Ariff (Zahir), Sharifah Nadia Yusnita (Yusra), Rebecca Nur Islam (Dalilah Uzma), Fadhilah Mansor (Suria), Aida Khaleeda (Fazeera), Dato’ Aziz Singah (Khairudin), Dian P. Ramlee (Norseha) dan Khaty Azean (Marisa).

Mengisahkan kehidupan Nadira selepas pemindahan jantung, tanpa disedari dia juga menerima sebahagian sifat-sifat penderma tersebut. Takdir menemukan Nadira dengan Ammar, teman lelaki kepada penderma jantung tersebut. Pertemuan pertama di KLIA antara Ammar yang baru pulang dari Australia dengan Nadira yang hendak bercuti ke Kundasang, Sabah telah membawa seribu satu kisah.

Kaki Nadira tercedera ketika bergegas untuk bertemu dengan kawannya, Yuzra. Nadira telah jatuh di hadapan Ammar. Ammar terpaksa membantu Nadira membeli kasut baru dan membalut kakinya. Ketika bersama dengan Nadira, wujud satu perasaan yang sukar dijelaskan dalam hati Ammar kerana perwatakan Nadira yang mirip kepada arwah tunangnya, Inara.

Ammar dan Nadira berada dalam pesawat yang sama menuju ke Kundasang Sabah. Ammar pulang ke Malaysia untuk membantu sahabat baiknya, Zahir, seorang pemilik syarikat perekaan dalaman yang akan mengendalikan sebuah projek di Sabah. Ammar sendiri tidak pasti apakah kepulangannya dengan satu jiwa baru ataupun Inara masih kuat bertakhta di hatinya. Kundasang Sabah seindah kisah cinta Ammar dengan Inara, di situ berseminya cinta mereka dan di situ juga bersemadinya tubuh seorang gadis yang amat dicintainya. Cinta itu terlalu indah buat Ammar dan tidak semudah itu Inara dapat dibuang dari hatinya.

Dejavu Di Kinabalu

Yang pasti pertemuan antara Ammar dan Nadira membawa satu perasaan dejavu yang luar biasa. Ammar tidak pernah mahu mencintai sesiapa walaupun Inara sudah meninggal dunia pada 3 tahun lalu. Bagi Ammar, cinta buat Inara adalah pertama dan terakhir. Ammar dan Nadira bertemu sekali lagi di Kudansang apabila Nadira yang asyik mengambil gambar terjatuh dalam gaung. Mereka berdua gagal naik ke atas kerana hari sudah lewat petang dan terpaksa bermalam di situ.

Selepas pulang ke Kuala Lumpur, Nadira dan Ammar berjumpa sekali lagi. Mereka akan bekerjasama atas projek pengubahsuaian Hotel Vila milik keluarga Bazli iaitu tunang kepada Nadira. Nadira dan Ammar selalu berjumpa atas urusan kerja. Mereka cepat mesra kerana mempunyai banyak persamaan dalam perbincangan untuk projek tersebut. Ammar gagal mengawal perasaan dan telah meluahkan isi hatinya kepada Nadira. Kakak Nadira, Uzra yang sangat menyukai Ammar telah mengetahui kaitan arwah tunang Ammar dengan adiknya tetapi dia memilih untuk tidak memberitahu sesiapa.

Benarkah cinta Ammar untuk Nadira atau sebenarnya hanya untuk Inara? Apakah kesudahan bagi cinta tiga segi antara Ammar, Nadira dan Bazli?

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan DEJAVU DI KINABALU menerusi slot Akasia mulai 18 Jun 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam, hanya di TV3! Penonton yang terlepas menyaksikan DEJAVU DI KINABALU boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari Facebook & Twitter tv3malaysia untuk mendapatkan berita terkini.

Dejavu Di Kinabalu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nabila Huda Mengaku Sayang Johan As’ari

Peminat Peterpan Sambut Ariel Keluar Dari Penjara