Jam 1.45 pagi, Budiey baru sahaja pulang dari Red Box Plus, Pavilion Bukit Bintang. Masih letih dan mengantuk tetapi jari seakan mahu ligat menari di papan kekunci laptop. Pada siang tadi, pengurus Siti ada menitipkan SMS menjemput Budiey ke majlis hari jadi Saida. Untuk kali ini, hanya famili terdekat dan media sahaja yang dijemput. Sedang petang nanti pula satu majlis lagi bersama peminat Saida FC akan diadakan di Hotel Singgahsana.
Tepat jam 12 tengah malam tadi, Dato’ Siti Nurhaliza, adik kepada Saida telah buat kejutan meraikan hari jadi Saida yang ke 32. Tepat tarikh kelahiran Saida iaitu 13 Disember 2008. Sehari selepas itu adalah anniversary perkahwinan Saida dan suami. Jadi Budiey nak wish juga happy anniversary buat Saida dan suaminya. Semoga cinta korang bersemi bak bunga mekar di pagi hari. Subur dengan dibajai kasih sayang dan bahagia hingga ke tahun-tahun seterusnya… ke akhir hayat kalian.
Budiey di sini ingin mengucapkan Selamat Hari Jadi buat Saida. Semoga tahun mendatang akan mencurahkan limpahan rezeki dari Tuhan dan dikurniakan sejahtera, bahagia dan kesihatan yang berpanjangan.
Budiey rasa seronok gak la lepak-lepak sambil makan ayam KFC dan dengar diorang ni berkaraoke. Antara yang hadir ialah adik mereka, Sairah, Datuk K pun ada, Reza AF dan beberapa orang media.
Saida tak jangka pun majlis akan diadakan untuk meraikan hari jadinya. Tiba di Pavilion dalam jam 11 malam. Saida kata, inilah sambutan hari jadi paling besar dalam sejarah hidupnya. Mulanya, masa kat rumah, terima SMS dari Reza, penyampai Era. Tanya Saida, tak keluar ke… last-last jumpa kat sini.
Harapan Saida, dalam usia yang semakin meningkat ini, dalam kehidupan rumahtangga ini semuanya berjalan dengan lancar. Kebahagian hingga ke akhir hayat bersama anak dan suami. Saida mahu melihat anak-anak semua berjaya. Dari segi kerjaya, dalam setahun menjadi artis, semoga 2009 memberi rezeki yang melimpah ganda. Lagu Segalanya Cinta dah keluar. Awal tahun depan, Saida akan berduet bersama Saira dalam satu album. Mungkin akan pilih pop dan balada. Dalam peringkat pemilihan lagu.
Impian Saida menjelang usia 32 tahun, Saida nak cuba bawa lagu pop yang lebih rancak untuk menari. Pop dance. Dapat sokongan dari suami, Saida rasa tahun hadapan akan memberi sejalur sinar untuk diri dan kariernya.
Kejutan bermula dengan Siti Nurhaliza tiba-tiba muncul dari pintu dengan membawa kek hari jadi ke tengah dewan.
Siti dan sekalian yang ada dalam dewan menyanyikan lagu happy birthday to you kepada Saida. Camna nak pengsan je Saida kata.
“Yeay, dah tua dah setahun kakak I ni…”
Nak nangis ek? Terharu barangkali.
Sayangnya kakak kat adik dia.
Lepas nyanyi lagu hari jadi, majlis diteruskan dengan sesi suap menyuap pula.
Muah… suami Saida menyuapkan kek… sambil diperhatikan oleh anak mereka.
Famili Siti bergambar beramai-ramai.