Pada mulanya, Budiey ingat tak nak letak gambar ni di blog Sensasi Selebriti. Namun, semalam gambar majlis pertunangan Budiey dah tersebar di Forum Cari dan beberapa blog hiburan. Budiey pun rasa pelik betul. Sebab Budiey rasa gambar tunang Budiey tu sangat personal dan untuk tatapan kawan-kawan di Facebook sahaja.
Lagi pun, Budiey bukannya selebriti atau orang terkenal. Tak perlulah nak siarkan gambar tu di Budiey.com atau kepada umum. Budiey rasa gambar tu tak sepatutnya ada di Forum Cari atau mana-mana blog sebabnya di blog budiey.com pun Budiey tak letak untuk tatapan pembaca sendiri. Yang kesiannya, tunang Budiey yang nampak ‘sihat’ tu dijadi topik perbualan dan majlis yang nampak macam meriah seperti orang nak kawin tu pun jadi isu besar. Rasanya sekarang ni dah ramai buat macam tu. Ramai yang kata, tunang Budiey yang comel lotey tu mirip Mek Salam Pantai Timur masa sebelum dia kurus. Hehehe… no komen pun pasal tu.
Sebenarnya, majlis pertunangan Budiey berlangsung pada hari raya kedua Aidiladha, jadi apasalahnya Budiey hadir dengan berpakaian lengkap dengan baju Melayu dan bersongkok.
Apa-apa pun, benda dah nak berlaku. Alang-alang gambar ni dah tersebar di internet, Budiey rasa tak elok kiranya melupakan pembaca blog sendiri. Itu yang Budiey kasi korang tengok. Apa-apa, Budiey takkan lupa jasa baik korang semua. Insyaallah Budiey akan jemput korang semua ke Kelantan bulan Jun tahun hadapan. Itu pun kalau korang semua sudi nak datanglah…
Doakan hubungan kami berkekalan hingga ke akhir hayat.
Cukuplah letak satu je untuk korang. Walaupun kat forum dan blog lain diorang letak banyak… huhu sedih tullah. Apalah malang nasib Budiey.