TELEFILEM SUGEH
Eeman Corporation Sdn. Bhd. (Eeman) merupakan sebuah produksi pertama yang menerbitkan sebuah telefilem Jawa di negara ini. Sebelum ini tiada satu pun produksi yang menerbitkan sebuah telefilem yang menggunakan bahasa Jawa sepenuhnya bagi menggambarkan kehidupan masyarakat Jawa di Malaysia.
Telefilem SUGEH yang bermaksud Kaya memberikan gambaran kehidupan seharian masyarakat Jawa yang terkenal dengan sikap rajin sehingga mampu mencapai kejayaan dan kekayaan, sikap bermasyarakat dan saling bantu membantu.
Keunikan masyarakat Jawa diketengahkan dalam telefilem ini yang dan yang paling ketara ialah walaupun berlaku pertengkaran, salah faham dan sifat tamak, kedekut, namun akhirnya mereka tetap bersatu dan cepat menyedari kesilapan dan kekhilafan mereka selain sentiasa menitikberatkan soal agama.
Telefilem ini merupakan satu naskah untuk masyarakat Jawa di negara ini yang dipercayai berjumlah lebih 7 juta orang yang kebanyakannya tertumpu di negeri Selangor, Johor dan Selatan Perak.
Walaupun pada asalnya telefilem ini diproduksikan untuk tontonan umum menerusi stesyen TV, namun bagi memberi peluang kepada masyarakat Jawa di negara ini memiliki naskah ini, maka pihak Eeman telah mengubah destinasi telefilem ini kepada tayangan secara terus kepada orang ramai dengan menggunakan konsep ‘wayang pacak’.
Konsep ‘wayang pacak’ ini sangat popular pada satu masa dulu bilamana skrin dipacak ditengah tengah padang dan menjemput masyarakat sekeliling menonton dengan dikenakan bayaran. SUGEH akan menjelajah ke kawasan kawasan penempatan majoriti masyarakat Jawa di Malaysia dengan membuat tayangan secara umum seperti itu dengan sedikit perubahan dimana wayang pacak ini akan ditayangkan di dewan dewan orang ramai. Selain datang untuk menonton, penonton juga boleh memiliki naskah ini dengan membeli telefilem ini dalam bentuk DVD untuk tontonan seisi keluarga di rumah dan sebagai simpanan.
Tayangan telefilem SUGEH ini akan dimulakan pada bulan September 2012 iaitu semasa musim hari raya dengan permulaan sebuah tayangan amal perdana untuk mengutip dana bagi persatuan-persatuan anak anak jawa di negara ini. Produksi SUGEH akan bekerjasama dengan persatuan Anak Jawa Selangor, Anak Jawa Malaysia, Anak Jawa Perak dan Anak Jawa Johor bagi menjayakan tayangan amal perdana ini dan tayangan berkonsepkan wayang pacak di negeri negeri yang disebutkan tadi.
SUGEH juga sedia bekerjasama dengan mana mana pihak yang ingin menayangkan cerita ini kepada masyarakat setempat disamping mengumpulkan masyarakat Jawa di kawasan masing masing dengan konsep mengenakan bayaran tiket samada secara persendirian mahupun secara pukal.
SUGEH juga menampilkan para pelakon tempatan yang selama ini tidak diketahui bahawa mereka sebenarnya boleh bertutur dalam bahasa Jawa dengan baik mahupun memangnya anak jawa. Antara barisan pelakon SUGEH ialah Dato’ Jamali Shadat, Ruminah Sidek, DJ Pool, Herman Tino, Betty Banafe, Sue Sidek, Rahmat Mega, Ali Terra Rossa, Amm Raja Lawak, Ebby Yus, Omar Scorr, Mejar Zainal dan seorang pelakon undangan dari Russia, Victoria Khan. Sugeh menampilkan Thorpe Ali sebagai pengarah.
SUGEH akan menemui penonton menerusi Tayangan Amal Perdana yang akan diadakan pada 8 September 2012 di Dewan Tuanku Agong, UiTM Shah Alam. Tiket tiket berharga RM50 akan dijual kepada orang ramai untuk menyaksikan tayangan amal perdana ini mulai 16 Julai 2012 sehingga tarikh tayangan sementara tiket masih ada. Selain menyaksikan tayangan SUGEH, penonton juga akan disajikan dengan persembahan langsung oleh pelakun pelakun SUGEH dan senaskah DVD Sugeh kepada setiap penonton di tayangan amal ini. Selepas tayangan amal perdana ini, SUGEH akan menjelajah ke 3 negeri iaitu Perak, Selangor, Melaka dan Johor menerusi tayangan umum berkonsepkan wayang pacak seperti berikut: Bagan Datok, Simpang Empat, Sabak Bernam, Tanjong Karang, Kuala Selangor, Klang, Banting Batu Pahat, Pontian, Muar, Johor Bharu dan Segamat.
Pihak produksi SUGEH akan mengiklankan tarikh tarikh tayangan di kawasan kawan yang tersebut bagi memudahkan para penonton mendapatkan tiket lebih awal. Dalam siri jelajah ini DVD sugeh dan cenderamata sugeh berupa Topi dan T Shirt SUGEH akan dijual kepada orang ramai dan sekaligus boleh mendapatkan tandatangan para pelakun yang terlibat telefilem ini dalam siri jelajah tersebut.
SUGEH juga mengalu alukan mana mana pertubuhan yang ingin bekerjasama dengan SUGEH untuk membuat tayangan amal atau tayangan biasa di mana mana sahaja.