Gambar Heliza Helmi di Sambutan Ulangtahun Get Gorgeous Ke-5
Heliza ni seorang yang sangat spontan. Lawak jenakanya spontan, lahir dari jiwanya yang sangat ceria. Budiey suka tengok Heliza nyanyi lagu-lagu yang digarap dengan gaya yang spontan seperti yang dipersembahkan semasa Hi Tea Ulangtahun Get Gorgeous Ke-5 yang berlangsung di Bangi Golf Resort pada petang Sabtu lalu.
Menurut Heliza, dia kini kalau boleh mahu mengurangkan membawa lagu-lagu cinta yang melekakan, dan rasa sudah tiba masanya untuk dia mengubah sedikit haluan perjalanan seninya dengan membawa lagu-lagu yang punya makna ketuhanan dan ada nilai-nilai kemanusiaan. Elokla tu, Budiey sokong sangat.
Heliza juga berbakat untuk mencipta lagu secara spontan. Terbukti, lagu yang diperdengarkan pada majlis ini juga dicipta semasa azan maghrib berkumandang. Mmm… ilham tiba-tiba je datang. Itulah anugerah tuhan namanya.
Di sini Budiey ingin mengucapkan selamat ulangtahun ke-5 untuk Get Gorgeous di mana ia adalah sebuah butik pakaian yang dibuat secara kerjasama Heliza bersama rakan-rakannya. Tahniah diucapkan.