in

Filem Indie Bellflower di Sundance Channel

Tayangan perdana filem indie terkemuka Bellflower di Sundance Channel pada 15 Ogos

Sundance Channel hari ini, mengumumkan bahawa tayangan perdana filem bebas terkemuka, Bellflower akan diadakan pada 15 Ogos pada pukul 11mlm. Siaran perdana ini menegaskan komitmen saluran ini untuk menyampaikan, filem, program, dokumentari dan paparan khas asal secara berani dan tanpa kompromi kepada khalayak penonton di Malaysia. Sundance Channel HD boleh disaksikan melalui Astro b.yond di saluran 438.

Bellflower mengikuti kisah dua orang rakan, Aiden dan Woodrow sambil mereka menerokai Los Angeles di mana mereka meluangkan masa untuk membina senjata penuju api dan senjata pemusnah massa lain sambil mereka menantikan malapetaka global yang maha dahsyat melanda.

BELLFLOWER

Sementara menantikan dunia menemui kemusnahannya, pengembaraan mereka tanpa disangka- sangka bertukar menjadi penuh peristiwa apabila seorang daripada mereka jatuh cinta dengan seorang gadis yang penuh karisma. Pertemuan ini mencampakkan Aiden dan Woodrow ke dalam kancah yang sarat dengan pengkhianatan, cinta, kebencian, kecurangan dan keganasan ekstrem yang akhirnya membawa kemusnahan yang jauh lebih dahsyat daripada malapetaka imaginasi mereka.

Bellflower, hasil karya dan arahan Evan Glodell, telah meraih puji-pujian apabila ia ditayangkan buat pertama kalinya dalam Festival Filem Sundance tahun lalu. Roger Ebert memanggil hasil arahan sulong ini “satu-satunya pembikin filem, yang semula jadi dan didorong oleh keghairahan yang tidak ubah seperti Tarantino.”

The New York Times mengulas “Semangat dan keupayaan En. Glodell yang menghasilkan filem hebat dengan bajet yang tersangat kecil, serta semangat yang dijananya di Sundance dan selepasnya, mengingatkan kita pada ketibaan Robert Rodriguez di Sundance pada tahun 1993 dengan filem sulongnya, El Mariachi. Namun begitu, En. Glodell mengusahakan filem ini dalam persekitaran yang amat berbeza, — dalam hal ini, segala-galanya menjadi ibarat apokalips — dengan kehebatan dan keindahan kepintaran teknikal.”

Filem ini merupakan usaha arahan filem panjang Glodell yang sulung dengan cetusan ilham daripada pelbagai peristiwa yang benar-benar berlaku. Glodell turut membintangi filem ini bersama Tyler Dawson dan Jessie Wiseman, yang memegang watak dalam filem panjang buat pertama kali.

Glodell membuat filem Bellflower dengan belanjawan yang minimum dan melakukan penggambaran dengan kamera yang dipasang sendiri yang dikenali sebagai Format Ultra Besar Coatwolf Model II. Ini memberi Bellflower kelebihan dan kehebatan artistik yang luar biasa, apabila ia dicalonkan untuk Sinematografi Terbaik 2012 dalam Independent Spirit Awards.

Usaha Glodel menjadi teladan hasil titik peluh yang terbit daripada semangat dan kecintaan yang mendalam terhadap filem, yang menyaksikan beliau mengorbankan hampir segala-galanya, termasuk menjual harta-benda peribadi beliau dan tinggal di sayap bangunan pejabat yang terbiar untuk membiayai filem ini.

Bellflower diterbitkan dan disunting oleh Vincent Grashaw. Joel Hodge adalah Pengarah Fotografinya. Jonathan Keevil sebagai pembantu penyunting dan telah menyediakan muzik asal bagi penerbitan filem ini.

Perihal Sundance Channel
Saluran ini memberi tumpuan yang tidak berbelah bahagi kepada misi pengasasnya Robert Redford untuk meraikan kreativiti, justeru Sundance Channel menjadi destinasi televisyen bagi penonton yang berfikiran bebas yang tercari-cari sesuatu kelainan. Berani, imaginatif dan tanpa kompromi, Sundance Channel menawarkan pilihan filem-filem, dokumentari dan program asal berkualiti tinggi yang pelbagai dan mampu menarik minat para penonton. Sundance Channel bukan sahaja tersebar luas di seluruh Amerika Utara, bahkan ia juga terdapat di seluruh Eropah dan Asia. Dimiliki oleh AMC Networks Inc., Sundance Channel adalah jenama yang amat mudah dikenali dan amat menarik minat dan disediakan dalam HD merentas berbilang platform.

Perihal AMC Networks Inc.
Sejak lebih 30 tahun yang lalu, usaha AMC tertumpu pada penerbitan kandungan program dan filem. AMC Networks Inc. (NASDAQ: AMCX) memiliki dan mengendalikan beberapa jenama yang paling popular dan telah meraih anugerah dalam televisyen kabel. AMC, IFC, Sundance Channel, WE tv, dan IFC Films menerbitkan dan menyampaikan kandungan yang berbeza, menarik minat dan relevan merentas berbilang platform, dari sudut budaya yang menarik perhatian penonton. Syarikat ini turut mengendalikan AMC/Sundance Channel Global, sebuah perniagaan pemprograman antarabangsa, dan AMC Networks Broadcasting & Technology, sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan penuh pengasalan pemprograman rangkaian dan pengedaran.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Far East Bakal Lancar Album Terbaru Kilauan Khazanah

Bellflower Sinopsis