Majlis Pelancaran Kuiz Kenali NASIONALfm Dan Kuiz Ulangtahun Ke-6 Klasik Nasional Terbang Ke Kashmir Berlangsung di Angkasapuri
Sebagai satu lagi strategi mempromosikan stesen kepada pendengar, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi stesen NASIONALfm dan KLASIK NASIONAL melancarkan Kuiz Kenali NASIONALfm dan Kuiz Ulangtahun ke-6 Klasik Nasional semalam dalam sebuah majlis di adakan di Auditorium P.Ramlee, Angkasapuri.
Majlis Pelancaran Kuiz Kenali NASIONALfm dan Kuiz Ulangtahun Klasik Nasional … Terbang Ke Kashmir Bersama Honey Vacation telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus, Timbalan Ketua Pengarah (Penyiaran Strategik) yang menyaksikan pendengar setia dua stesen radio ini berpeluang memenangi hadiah utama pakej pelancongan ke Kashmir apabila mereka turut serta dalam dua kuiz iaitu Kuiz Kenali NASIONALfm – Terbang Ke Kashmir bersama-sama Honey Vacation dan Kuiz Ulangtahun ke-6 Klasik Nasional – Terbang Ke Kashmir bersama-sama Honey Vacation.
Turut berlangsung Majlis Menandatangani Usahasama Antara Klasik Nasional & NASIONALfm dengan pihak penaja Honey Vacation Travel & Tours Sdn Bhd yang turut dihadiri Siti Mohani Haji Saad (Timbalan Pengarah Program Radio), Haji Mohamed Ayub bin Syed Mohamed (Pengurus NASIONALfm0 dan Sharifah Norihan bin Syed Salleh (Pengurus Klasik Nasional).
Menurut YBrs. Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus, “Penganjuran majlis ini nyata membuktikan bahawa radio terus mendapat tempat daripada pelbagai pihak untuk bekerjasama dalam pelbagai program yang disiarkan. Saya berterima kasih kepada Encik Abu Hasan dan juga Honey Vacation yang sudi bekerjasama dan juga menaja rancangan kuiz di dua stesen secara serentak.
Dua stesen ini iaitu NASIONALfm dan Klasik Nasional merupakan stesen tunggak RTM dan juga stesen yang mempunyai pengikut yang ramai. Oleh itu, amat bersesuaian sekali kuiz ini diadakan di kedua-dua stesen. Lebih-lebih lagi di NASIONALfm sebagai sebuah stesen baru yang menggantikan MUZIKfm sebelum ini. Apa yang diharapkan kuiz ini dapat membantu meningkatkan jumlah pendengar NASIONALfm dan menjadikan NASIONALfm sentiasa di hati mereka.”
Bagi Klasik Nasional yang meraikan tahun keenam ke udara menemui pendengar pada 12 Ogos depan, program stesen ini diperhebatkan dengan tawaran Pakej Pelancongan ke Kashmir oleh Klasik Nasional bersama-sama Honey Vacation. Jika di ukur dari segi pencapaian, Klasik Nasional merupakan antara stesen yang mencapai jumlah kutipan iklan tertinggi juga mempunyai pengikut di kalangan orang-orang lama yang sememangnya berminat dengan lagu-lagu Melayu klasik. Jadi selain sebagai satu cara untuk berterima kasih kepada kesetiaan mereka sebagai pendengar, sudah pasti kuiz ini turut membuka ruang untuk mereka menghabiskan masa yang terluang melancong bersama dengan Honey Vacation dan warga kerja Klasik Nasional yang akan turut serta.
Program seperti ini sememangnya menarik kerana ia membuka peluang kepada pendengar untuk bersaing secara sihat bagi merebut hadiah yang ditawarkan oleh pihak penaja. Selain dari itu, ia juga boleh membawa pendengar untuk mengenali kebudayaan dan tradisi negara orang. Lebih-lebih di India yang mana kita sedia maklum antara 7 keajaiban dunia ada di sana iaitu Taj Mahal.
NASIONALfm dan Klasik Nasional sekali lagi berterima kasih kepada pihak penaja Honey Vacation Travel & Tours di atas penganjuran kuiz ini. Diharapkan kerjasama seperti ini dapat diteruskan lagi untuk jangka masa akan datang.
Pada majlis itu juga, penonton dihiburkan dengan tarian dan nyanyian daripada DJ-DJ stesen NASIONALfm dan Klasik Nasional.
NASIONALfm dalam pencarian mendapatkan pemenang bertuah untuk hadiah utama – melancong ke Kashmir menerusi Kuiz Kenali NASIONALfm – Terbang Ke Kashmir bersama-sama Honey Vacation. Pencarian ini merupakan satu lagi strategi promosi dalam usaha memperkenalkan stesen NASIONALfm. Sebagai sebuah stesen baharu yang mula beroperasi pada 4 Januari 2012, NASIONALfm membawa konserp ‘hiburan dan maklumat seiring’.
Kuiz ini menemui pendengar mulai 1 Julai 2012 dan untuk memenangi peluang percutian yang menarik ini, pendengar perlu menjawab satu soalan yang akan di ajukan semasa program keudara. Di samping itu juga, pendengar dikehendaki mengumpul dan memberi jawapan tepat kepada 9 soalan mingguan. Seterusnya pendengar hendaklah melengkap ayat, Oh Yeah Seronoknya bercuti bersama-sama NASIONALfm …..
Rebutlah peluang untuk mendapatkan hadiah utama melancong ke Kashmir dengan menjawab soalan terkumpul dan menangi hadiah mingguan sumbangan Honey Vacation Travel & Tours.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Penerbit Kuiz Kenali NASIONALfm – Terbang Ke Kashmir bersama-sama Honey Vacation di talian 03 2288 7261.
Sementara itu semarak ulangtahun Klasik Nasional ke-6 pada 12 Ogos 2012 pula diperhebatkan dengan tawaran Pakej Pelancongan ke Kashmir. Pakej menarik ini adalah hasil kolaburasi Klasik Nasional bersama-sama Honey Vacation.
Sekali lagi untuk tahun 2012, Honey Vacation rasa berbangga untuk menaja hadiah utama iaitu Pakej Pelancongan ke Kashmir menerusi Kuiz Ulangtahun ke-6 Klasik Nasional – Terbang ke Kashmir bersama-sama Honey Vacation. Keterujaan ini terhasil daripada kejayaan Program Kunjung Ziarah Banda Acheh sempena memperingati tsunami pada tahun lalu dan disusuli dengan penjaan program Aku, Dia dan Lagu terbitan Klasik Nasional ke Medan, Indonesia. Usahasama ini diteruskan lagi tahun ini dengan tawaran hadiah istimewa iaitu Pakej Pelancongan ke Kashmir yang pastinya mengujakan semua.
Untuk menjadi pemenang, pendengar Klasik Nasional jangan terlepas peluang mengikuti siaran ini dan menjawab soalan-soalan terkumpul dan mingguan berkaitan program Klasik Nasional dan Honey Vacation akan diberikan sepanjang 2 bulan kuiz berlangsung.