Beberapa minggu pulang dari USA, IZ Sulaini telah membawa buah tangan buat peminatnya berupa muzik video single Cinta Akhir yang mana Budiey dah letak & featured video itu di blog ini. Dikatakan kualiti dan pengambaran video muzik ini terbaik pernah dihasilkan oleh penyanyi itu di USA.
Hadir untuk di Anugerah Stail EH! 2012 sebagai penyampai anugerah, IZ tampil santai dengan jaket dan baju T serta seluar panjang. Gaya yang agak biasa-biasa berbanding sebelum ini IZ begitu kelihatan stylo & maskulin dengan pakaian yang agak lain dari yang lain. Fesyen ini agak kasual dan mungkin IZ mahu kembali dengan alam remaja berbanding sebagai pemuda yang agak matang.
Gambar Penyanyi IZ di Anugerah Stail EH! 2012.