Namun, ketika di Majlis Pelancaran Mandalay, jenama kedua Rafflesia di Carcosa Sri Negara lalu, Rossa kelihatan tenang menjawab soalan daripada media tentang isu panas rumahtangganya. Jauh di sudut hati, Rossa masih ingin bersama suaminya. Dalam jiwa Rossa mungkin ada sedikit gundah dan kalut akibat kecurangan sang suami. Kasih sayangnya tetap ada buat Yoyo yang juga anggota kumpulan Padi itu.
Kemaafan adalah dendam yang terindah buat Rossa rungkaikan. Demi famili yang Rossa kasihi, dia tidak mahu suaminya meninggalkannya dan dia sendiri tidak mehu melepaskan Yoyo pergi.
Semoga hari-hari mendatang akan memberi sinar bahagia buat Rossa. Buang yang keruh ambil yang jernih… sedangkan lidah lagi kan tergigit inikan pula… (mmm… sambunglah sendiri ya…ngak ngerti gue ngapain wanita secantik Rossa ditinggalkan!)