in

Kes Tuntut Cerai Isteri, Seri Bayu Tak Setuju

Kesian dan simpati Budiey membaca berita tentang penulis lirik Seri Bayu yang terlantar sakit, di’dera’ oleh isterinya yang sudah tidak mahu menjadi isterinya. Habis madu sepah dibuang?

Seri Bayu Tidak Setuju, Kes tuntut Cerai Isteri
Oleh Mohd Sabran Md Sani

PETALING JAYA: Penulis lirik terkenal era 80-an dan 90-an, Jamaludin Sulik, atau lebih dikenali dengan nama penanya, Seri Bayu, tidak bersetuju permohonan tuntutan cerai dikemukakan isterinya, Dayang Zaira Erema Awang Moshdad (Erema).

Pengakuan itu dibuat Seri Bayu, 43, sebaik prosiding terhadap permohonan dikemukakan Erema, 25, disebut kali pertama di hadapan Hakim Syarie Ghazali Ahmad di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, pagi semalam.

Sebaik kes disebut kira-kira jam 9.20 pagi, Seri Bayu yang ditanyakan Ghazali berhubung tuntutan dikemukakan Erema hanya menggelengkan kepala sebagai tanda tidak bersetuju dengan tuntutan berkenaan.

Ketika prosiding berlangsung, Seri Bayu yang berkerusi roda terpaksa menggunakan khidmat seorang wanita yang mengakui keluarga angkatnya untuk menerangkan setiap patah perkataan dituturkan kerana tidak sihat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fisherman’s Friend & Afdlin Shauki Meterai Kontrak Filem ‘Los Dan Faun’

THE WEDDING OF THE YEAR