in

Buku Diari Heliza Helmi & Pelancaran Fesyen Terbaru Get Gorgeous

Sekarang ini, ada 3 agenda penting dalam hidup seorang figura bertudung Heliza Helmi…

1. Selaku hos untuk program yang membawanya mengembara merentasi benua dalam program kembara makan-makan RASA HALAL ANTARABANGSA yang bakal menemui penonton pada hari Khamis ini.

2. Wah, kata Heliza Helmi lagi, buku hasil tulisannya – DIARI HELIZA HELMI sudah pun berada di pasaran. Peminat boleh mendapatkannya di toko buku terkenal sekarang dengan harga RM25 sahaja.

3. Akhirnya, Heliza Helmi sudah ada butik dan juga busana miliknya sendiri di mana tak lama lagi akan dilancarkan.

Semasa bertemu Heliza semalam, Budiey dihadiahkan buku terbarunya. Terima kasih Heliza! Awak sangat nais.

Heliza Helmi

Heliza Helmi

Menggantikan tempat Farah Anuar, Heliza tak berapa nak bimbang dengan keadaan dirinya yang susah nak gemuk. Makan banyak pun tak apa. Namun, kena hati-hati juga. Apa-apa pun, Budiey dah tonton beberapa babak menarik sekitar lawatan Heliza di lima buah negara ini dan Budiey dapat rasakan Heliza cukup selesa menjadi pengacara program yang ditayangkan di Astro Oasis setiap Khamis jam 7.30 malam bermula 28 Jun ini.

Budiey difahamkan semua episod dirakam dalam bentuk HD dan mengikut kata Tuan Haji Izelan Basar, Pengurus Saluran Astro Oasis mengatakan pastinya pelanggan Byond bakal menonton dalam bentuk definisi tinggi di saluran Mustika HD nanti.

Kalau Iqbal pengacara baru Jalan-Jalan Cari Makan letak jawatan sebagai pengacara program itu sebab dah naik berat badan, berlainan pula dengan Heliza Helmi yang ternyata tidak pernah risau dengan situasi tersebut.

“Tidak terfikir pun pasal berat badan akan naik kerana sehingga kini berat badan saya sama sahaja. Mungkin kerana kami mempunyai jadual yang ketat dan harus bergerak dengan cepat untuk menyiapkan penggambaran pada setiap lokasi. Lagipun program ini bertajuk Rasa Halal Antarabangsa jadi saya banyak merasa makanan tersebut dan bukan makan semua sehingga habis,” ujarnya sambil berseloroh.

Kali ini Rasa Halal Antarabangsa menjelajah ke lima buah negera di tiga benua berbeza iaitu Australia, Korea, United Kingdom, Perancis dan Turki.

Menurut Heliza lagi dia telah membuat beberapa persiapan bagi melancarkan perjalanannya ketika menjalankan tugas sebagai pengacara.

Ditanyakan mengenai cabaran menjadi pengacara Rasa Halal Antarabangsa, Heliza ternyata positif dan dia mahu mempelajari selok belok untuk menjadi pengacara yang baik.

“Saya teruja ketika dipilih untuk menjadi pengacara dan dalam amsa yang sama saya dapat belajar budaya yang baru. Merasai makanan yang berbeza disamping belajar bahasa negara yang dilawati dan menambah pengetahuan. Penat sudah semestinya tetapi itu semua saya letakan di bawah sekali kerana komitmen kepada kerja lebih penting dan saya harapkan ia akan memuaskan hati kepada mereka yang menonton,”tambahnya lagi.

Heliza kini sibuk memperluaskan langkahnya dengan menjadi perunding imej setelah mendapat sijil dalam bidang berkenaan.

Rezekinya juga terus bertambah setelah dilantik menjadi duta kepada minuman Cool Blog selain Sunsilk dan Garnier yang kini sudah memasuki tahun ketiga.

Tidak lupa bidang fesyen yang diminatinya di mana dia telah berkolaborasi bersama Get Gorgeous untuk koleksi Heliza Helmi by Get Gorgeous dengan 10 koleksi eksklusif khas untuk Lebaran selain Heliza Helmi Hijab dan Instant Telekung.

Dia juga baru sahaja menerbitkan Diari Heliza Helmi iaitu jurnal kisah hidupnya yang kini telah pun berada di pasaran.

Heliza Helmi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menang Pass Menonton GIG TRIPLE PLAY TV9

Larian 40 Taman 100 Kilometer Mencecah Separuh Sasaran