in

Gambar Shila Amzah di Malam Tayangan Gala Filem Aku Kau & Dia

Gambar Shila Amzah di Malam Tayangan Gala Filem Aku Kau & Dia

Pada hari Sabtu lalu, Shila Amzah telah mengadakan gathering bersama peminatnya Shilalas untuk menonton filem Aku Kau & Dia di mana Shila Amzah menyumbangkan suaranya untuk lagu tema filem lakonan Remy Ishak & Zarina ini.

Penyanyi Shila Amzah mengakui mula menaikkan harga bayaran untuk dia mengadakan persembahan bermula Februari lalu kerana merasakan sudah tiba masanya dia berbuat demikian.

Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah berkata hal tersebut merupakan perkara biasa bagi seseorang penyanyi di mana harga yang ditetapkan dalam sesebuah persembahan haruslah mengikut pencapaian dalam karier seni masing-masing.

“Memang harga bayaran untuk saya mengadakan sesebuah persembahan dah naik sejak penyertaan saya dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) yang berlangsung pada Februari lalu lagi. Dan ia merupakan perkara normal bagi setiap penyanyi yang menaikkan harga mereka. Harga petrol pun naik setiap tahun, takkan kami (penyanyi) tidak boleh naikkan harga sedikit?”

Tambah Shila, dia kecewa apabila ada segelintir pihak menganggap dia tidak boleh berunding dengan harga bayaran yang diberi sedangkan dia sangat terbuka bergantung kepada kemampuan sesebuah syarikat yang ingin menjemputnya mengadakan persembahan.

Malah anak sulung penyanyi ND Lala ini juga sangat fleksibel apabila pihak stesen televisyen, majalah, akhbar atau mana-mana yang membabitkan penganjuran media mengundangnya untuk memenuhi acara yang diaturkan.

“Jika ada orang kata saya naikkan harga bagi acara-acara yang membabitkan stesen televisyen atau media-media lain, ia tidak benar sekali kerana saya terima sahaja apa-apa bayaran yang diberi. Dan ada juga persembahan yang saya buat percuma. Harga bayaran bukanlah satu isu, lebih-lebih lagi yang membabitkan untuk kebajikan amal. Saya harap dengan penjelasan ini, semua akan faham,”

Bagaimanapun, penyanyi lagu Patah Seribu itu risau apabila banyak syarikat besar ‘menjual’ nama media bagi tujuan untuk mendapatkan harga murah daripada penyanyi-penyanyi yang diinginkan, termasuklah dirinya sendiri.

Sementara itu, mengenai perkembangan terbaru, dia bersyukur kerana sejak menyertai pertandingan Mania (saluran Astro), peminat-peminatnya semakin bertambah termasuklah daripada negara Indonesia.

“Walaupun tidak sampai ke peringkat akhir, saya bersyukur Mania telah memberi peluang besar untuk saya lebih-lebih lagi apabila Ahmad Dhani turut terbabit dalam pertandingan ini. Dia (Dhani) telah memberikan platform kepada saya untuk mengembangkan karier nyanyian di Indonesia dan setakat ini kami masih lagi dalam perbincangan sama ada saya akan menjadi artis di bawah naungannya iaitu, Republik Cinta Management (RCM) atau tidak,”

Shila Amzah terbuka

Seorang lagi penyanyi muda, Shila Amzah juga dilihat cukup akrab dengan laman sosial. Cukup aktif di akaun Twitter, Facebook dan juga Youtube, Shila yang sedang hangat bercinta dengan aktor Sharnaaz Ahmad enggan hipokrit di hadapan peminat.

Tidak menyembunyikan kisah cinta dengan Sharnaaz, malah turut berbalas-balas mesej, kata Shila, biarlah segala kebenaran datang daripada mereka berdua, bukan daripada orang lain.

“Saya akui agak terbuka, kerana bagi saya daripada menyembunyikan hal sebenar, tetapi terbongkar di tangan orang lain, rasanya lebih baik perkara yang benar datang daripada saya sendiri. Sebab itu apabila pergi ke mana-mana dan bergambar dengan Sharnaaz, saya letak di Twitter atau Facebook kerana peminat akan tahu hal sebenar. Tidak ada apa yang perlu kami sembunyikan,”

Jelas Shila yang sudah berkecimpung dalam dunia seni selama 12 tahun, apabila dia menjejakkan kaki dalam dunia seni, sebahagian dirinya milik masyarakat dan peminat.

Justeru peminat berhak tahu perkembangannya. Sungguhpun terbuka, tetapi Shila berhati-hati dalam menulis status di laman sosial kerana bimbang akan mengguris perasaan orang lain.

“Dahulu ketika mula-mula belajar guna laman sosial, saya tulis mengikut emosi tanpa memikirkan kesannya, sekarang saya lebih berhati-hati dan hanya menulis perkara yang positif sahaja,” katanya yang turut menggunakan medium laman sosial untuk mendekatkan diri dengan peminat.

Shila Amzah

Shila Amzah

Shila Amzah

Shila Amzah

Shila Amzah

Shila Amzah

Shila Amzah

Shila Amzah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Erin Malik Nafi Terlibat Dengan Ganja

Husin, Mon & Jin Pakai Toncit