Erin Malik Nafi Terlibat Dengan Ganja. Pelakon remaja, Erin Malik menafikan tuduhan terlibat dengan najis dadah jenis ganja.
Erin Malik atau Nur Arina Abdul Malek, 18, menafikan sama sekali tuduhan tidak berasas keatasnya yang menuduh dia terlibat dengan dadah jenis ganja dan bertindak tegas tidak mahu mengulas lebih lanjut tetang isu tersebut.
Selain itu, Erin berkata dia tidak akan teragak-agak untuk menyaman individu yang menyebarkan fitnah tersebut kerana dia mempunyai bukti kukuh. Menurut Erin kontroversi yang ditimbulkan tersebut boleh menjejaskan karier seninya jika berlarutan. – Erin Malik Nafi Terlibat Dengan Ganja.