Semalam, 27 November adalah hari kedua berlangsungnya Malaysia International Fashion Week (Mifa 2008) di Hotel The Garden, Mid Valley City. Budiey antara puluhan VIP yang mendapat jemputan bagi menyaksikan pesta fesyen terbesar itu yang berlangsung pada jam 1 tengahari. Terima kasih Zery Zamry di atas kad jemputan VIP yang dihulurkan.
Pereka muda berbakat yang menetap di Shah Alam ini telah memperkenalkan koleksi terbarunya yang diberi nama HABAYA. Diinspirasikan dari perkataan Arab HABAYA, yang bermaksud Kebaya. Antara selebriti yang menggayakan rekaan Zery Zamry ialah pelakon yang dkatakan sedang hamil iaitu Dynaz. Penuh pesona dan elegan! Syabas Zery!
Pesona Ungu Dynaz
Anggun HABAYA
Sweet mum?
Puteri HABAYA