Dengar ceritanya, Mawi ada beli rumah mewah jutaan RM dan ditambah dengan bonus sebuah kereta Toyota Alphard kepada ibu bapa Ekin. Baiknya Mawi ni… ye lah, kalau ada duit berjuta-juta dalam bank tu, elok gak kongsi-kongsi dengan mak dan pak mertua. Tapi jangan lupa kongsi gak dengan peminat yang sentiasa sokong Mawi… hehehe tak gitu?
Tapi apa-apa pun, bila media tanya kat Mawi, dia kata memang dia tak pernah beli rumah dan kereta Alphard kat bakal mak dan pak mertuanya. Kalau ada pun barangkali Ekin yang beli kot.
Ini dia kereta Toyota Alphard. Huhu, canteek!
Pelakon dan model Nora’shikin Rahmat atau Ekin menafikan khabar angin yang mengatakan bakal suaminya, Asmawi Ani atau Mawi membeli rumah mewah dan kereta Alphard untuk kedua ibu bapanya.
Malah, dia hanya mengucap panjang sambil tersenyum apabila menjawab gosip tersebut dan menganggap ia berlaku angkara orang yang dengki dengannya.
“Astaghfirullahalazim..setakat ini saya tak rasa keluarga saya sengket sangat untuk membeli rumah berharga RM400 ribu itu dengan menggunakan wang Mawi. Ibu dan ayah saya pun tak pernah naik kereta Mawi. Ayah saya kumpul duit pencen selepas berhenti kerja sebagai tentera diraja di Kem Tebrau untuk membeli rumah itu. Mungkin ada orang dengki-mendengki dengan kami sebab saya pun nak kahwin dengan Mawi. Mungkin juga orang tu nak jatuhkan kami,” kata Ekin ketika majlis pelancaran Diari Cinta 2009 mereka di Oakleaf Park, Bukit Antarabangsa, di sini, semalam.
Masuk kali ini, sudah banyak cerita berbaur negatif yang dilemparkan kepada pasangan yang bakal bernikah pada 20 Disember depan di Johor Bahru ini. Menurut Ekin, kini dia sudah mampu mengawal tekanan perasaan setelah banyak dicerca, dikutuk dan dilempar cerita-cerita tidak baik kepadanya.
“Kalau dulu, saya rasa tertekan juga tetapi sekarang Alhamdulillah, saya sudah mampu mengawalnya selagi saya rasa berada di tempat yang benar dan berdiri di kaki sendiri,” luah Ekin.
Dalam pada itu, Mawi turut menafikan kenyatan gosip dia membeli rumah dan kereta untuk bakal mertuanya.
“Saya tiada masa untuk membeli kereta dan rumah untuk bakal mertuanya. Biasalah, gosip. Bagi saya, hal ini kecil sahaja,” jelas Mawi yang kini memfokuskan kepada persediaan perkahwinannya, pertandingan Muzik-Muzik Separuh Akhir dan Festival Nasyid pada masa akan datang. Beritahu Mawi, sekarang kira-kira 50 peratus persiapan untuk perkahwinannya dan Ekin dilakukan manakala sebahagiannya sedang dilaksanakan.