in

Teater Puisi Tari Primadona Perahu Mimpi

Teater Puisi Tari Primadona… Perahu Mimpi mencipta kelainan apabila bakal mengangkat puisi tari ke dalam jalan ceritanya.

Teater ini berkisar pada kehidupan seorang wanita Timur yang bangkit kerana wanita Timur yang lain. Atas nama feminisme, primadona bangkit dengan membangunkan dunianya sendiri dengan mengajak wanita-wanita lain yang tertindas untuk bersama-samanya bekerja bagi menampung kehidupan mereka dan keluarga. Mereka membuka tempat tari-menari dan hiburan mengikut konsep ketimuran. Kisah suka duka dalam pementasan ini mudah difahami disebabkan plotnya yang ringkas, namun terkandung nilai didaktik yang berguna buat penonton.

Pementasan ini bukan sahaja berkonsepkan teater puisi tari yang menampilkan dialog dan lirik lagu yang berteraskan puisi moden dan tradisional, malahan melalui keindahan kata dalam dialog dan lagunya dapat mengungkapkan semangat perjuangan hidup. Keindahan dialog yang dituturkan mampu membawa satu pendekatan baru kepada penonton khasnya golongan muda di negeri Johor agar mendekati dan meminati teater.

Teater Puisi Tari Primadona Perahu Mimpi

Sinopsis Teater Puisi Tari Primadona Perahu Mimpi
Pementasan teater ini berkisar soal kisah kehidupan seorang perempuan Timur yang bangkit kerana perempuan Timur yang lain. Atas nama feminisme, Primadona membangunkan dunianya sendiri, beliau mengajar perempuan-perempuan yang tertindas untuk bersamanya bekerja menampung kehidupan mereka dan keluarga dengan membuka tempat menari dan berhibur mengikut konsep ketimuran. Kisah suka duka kelompok yang dibela oleh Primadona dalam pementasan ini mudah difahami serta plotnya yang ringkas, namun terkandung nilai didaktik yang berguna buat para penonton. Pementasan yang digabung jalin dengan unsur irama lagu-lagu berunsurkan kesedaran serta tarian dan lontaran dialog yang bertujuan mendidik membuatkan pementasan yang berlangsung dua jam ini begitu menghiburkan dalam konteks memberikan kesedaran tentang kesengsaraan serta pentingnya membantu sesama insan yang tertindas.

Pengarahnya, Zamri Pangat berkata, pementasan itu lain dari yang lain kerana menggabungkan dua elemen iaitu puisi dan tarian dalam satu teater sama dalam mewujudkan suasana baru dalam genre teater muzikal.

“Ia sebenarnya masih sebuah teater muzikal seperti mana yang biasa kita tonton tetapi menariknya mengenai Primadona…Perahu Mimpi ini ia menggunakan puisi sebagai fokus utama dan tarian gabungan moden dan tradisional sebagai pelengkap kepada puisi yang didendangkan.”

Primadona…Perahu Mimpi bakal dipentaskan di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) bermula 22 hingga 26 Jun depan.

Dalam pada itu, Zamri berkata, walaupun teater ini pernah dipentaskan di Johor, dia optimis untuk memperkenalkan teater puisi tari ini kepada penonton di bandar besar supaya mereka dapat menghayati pementasan teater yang dianggap berbeza dan menarik ini.

Zamri berkata, puisi yang digunakan juga tidak akan dipersembahkan dengan cara biasa di dengar oleh masyarakat sebaliknya ia akan diberi nafas baru.

“Mungkin masyarakat dan penonton sudah biasa dengan cara sesebuah puisi itu disampaikan dan menerusi teater ini sesuatu yang berbeza akan ditampilkan.

Primadona..Perahu Mimpi adalah sebuah karya Rahimah Muda dan bakal menampilkan pelakon seperti Que Haidar, Emelda Rosmila, Emma AF, Maulana AF dan ramai lagi.

Sementara itu, Zamri berkata, semua pelakon memberikan kerjasama baik sepanjang latihan dan ia turut disertai beberapa pelakon daripada Johor bagi memantapkan lagi persembahan itu nanti.

Tarikh : 22 – 26 jun 2012
Lokasi : Dewan Tunku Abdul Rahman
Masa : 8.45 mlm
Pas menonton : 03-42701777 (LJ Studio)

Tiket bagi menyaksikan teater Primadona…Perahu Mimpi dijual pada harga RM100 dan RM80 (akan mendapat diskaun 20 peratus untuk setiap barangan Aviva-Active) yang boleh didapati dengan melayari www.aviva-active.com.my atau menghubungi 03-4270-1777.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Muzik Video IZ Cinta Akhir

AKU, KAU & DIA Karya Pierre Andre