in

Bohsia 2 Kutip RM3 Juta Dalam 4 Hari

Selepas berjaya mengutip RM1 juta dalam tempoh dua hari tayangannya, filem sekuel aksi ‘Jalan Kembali: Bohsia 2’ sekali lagi mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya membuat kutipan sebanyak RM3 Juta selepas hanya empat hari ditayangkan.

Tahniah Budiey ucapkan buat seluruh produksi dan para pelakon filem ini.

Budiey difahamkan, antara faktor utama filem Bohsia 2 ini laris dan pecah panggung adalah kerana branding filem dari arahan Syamsul Yusof sememangnya dinantikan oleh penonton filem Bohsia yang pertama.

Keduanya, kempen secara tak langsung dari mulut ke mulut, dari twitter dan facebook yang mendapat komen positif dari penonton membuatkan ramai lagi yang tertarik untuk turut sama masuk ke pawagam.

Ketiga, lakonan Soffi Jikan yang membawa watak bohjan paling digeruni iaitu Keting adalah yang terbaik setakat ini.

Filem arahan pengarah muda terkenal, Syamsul yusof, merupakan antara filem melayu yang berjaya meraih kutipan tertinggi di awal penayangannya selepas kejayaan besar yang diraih oleh filem ‘Ombak Rindu’.

Jalan Kembali: Bohsia 2 yang mula ditayangkan sejak 7 Jun lalu dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Zizan Razak, Salina Saibi, Nabila Huda, Soffi Jikan dan juga Syamsul Yusof.

poster bohsia 2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bapa Radhi OAG Meninggal Dunia

Jemputan Pencarian Remaja Berbakat dari Media Hiburan